Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Ahad, 24 Mac 2013

Kem Pengawas Tadika Cik Bieha


created by mama seroja utk semua peserta kem ini
( Comey tak Kak Tun??) hehe

N3 yang dh lama ada kat draft tak sempat nk publish, bnyk sgt kekangan masa nak edit n3 ni. Alhamdulillah siap jugak. 2 minggu lepas Cik Bieha terpilih mengikuti Kem Pengawas nama pendek, nama panjang Program Praktikal Asas Kepimpinan di D'Rhu Beach Resort Kuantan. Selama 2 hari 1 malam ,kejap jer tapi ibu kat umah ni rasa punya lah lama. Layan kan jerlah yer foto2 sepanjang Program ni, manalah tau lepas ni bole cadangkan pulak di sekolah tadika lain pulak.

Penceramah Slot Motivasi

ngantuk ke Cik Bieha? 

 contohi sifat lebah...

Motivasi kejayaan anak2

Jogging tepi pantai Balok Kuantan

GB Tadika  Iman Intelek bersama peserta kem

Partner Cik Bieha ( Lari berpasangan)

Nape tu lari nk tinggal pasangan?

Bole masuk dalam guni dah ni.

Paling suka suki 'Swimming'

Buat monumen ke tu? hahaha

Group xtvty

Kolaj kump lain...kemas jer.

Lapaq sangat lah tu

Jangan lupa baca bismillah yer.

Solat time

Baca surah ke menguap tu Cik Bieha?

Xtvty malam hari

Tido berjemaah...hehehe

di Lobby Hotel

Yippie...semua dapat sijil 

Besar hamper dari tuan

Tq papa ( CEO  TSII )..hehehe

Seronok sangat tengok kanak2 berxtvt... menigkatkan motivasi untuk berjaya di samping semangat kepimpinan yang di terapkan, al-maklumlah Pengawas katanyerrr... Terima Kasih pada Kak Akmar kerana menganjurkan Kem yang seperti ini. Banyak idea kak akmar untuk kanak2 sekolah TSII. Bagus rasanya kalau semua kanak2 join Kem mcm ni, bnyk manfaat nya.




Sabtu, 23 Mac 2013

Puteri Sarah Kini Berhijab penuh

Terbaru puteri sarah bertudung




Seorang lagi artis yang mengenakan hijab... Alhamdulillah. Makin cantik dan manis puteri sarah bertudung.


" Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini hanya berselendang tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."

Sarah berkongsi saat mula dia mengenakan tudung penuh selepas dipilih menjadi model tudung jenama Najjah pada Selasa lepas.



Sumber : fb Adam hawa


MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara



Hari ni nealopah join satu segmen oleh Mak Dara.. hadiah nya pun ohsem! Tak tau nk bt n3 cmaner, folow jerlah apa yang di arahkan... kalau nk join Klik SINI MAK DARA... hehehe

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini 
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di bawah ya..


Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara


Giveaway ini terbuka kepada semua rakan blogger (termasuk para penaja).Tarikh tutup untuk GA ini adalah pada 31hb Mac 2013. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang dari 30 penaja yang sudi untuk sponsor hadiah hadiah yang sungguh awesome ini.. Mak benar benar terharu dengan kesudian, keikhlasan dan kesupportan anda.



nealopah tag 3 orang : 



Jumaat, 22 Mac 2013

Demam campak @ Chicken Pop


Cepat sembuh Bieha..ibu ikhtiar yang terbaik


Hari ni bintik-bintik air pada badan Cik Bieha dah bnyk yg keluar..Comfirm 'Chicken Pop'.Rasanya kalau pasal demam mcm ni orang2 yg lebih tua lebih arif. Jadi nealopah rujuk lah mak dan kakak2 ipar. Ada juga yg nealopah gugel, dan dapat info dari blog Pusat Rawatan DarusSyifa'.

Alhamdulillah, petua yang diberi sama dengan yang tercatat di blog DarusSyifa'. Petang tadi nealopah mintak balik awal dengan boss, jadi bermulalah misi mencari bahan2 untuk ikhtiar merawat demam chicken pop Cik Bieha. Sebelum tu nealopah share info demam Chicken pop.

Tanda-tanda :
  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )


  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * Cik bieha makan ikan bakar dan singgang sahaja.
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
Cara Merawat :
  • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
  • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
  • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
  • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. * nealopah letak bawah cadar.
Membantu mengeluarkan 'campak' dari tubuh

Daun mambu @ daun pahit

Tanda campak telah habis dan pantang larang.
  • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
  • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
  • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan 
Petua Menghilangkan Parut
  • Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  • Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  • Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  • Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut.
Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
  • Al-fatihah
  • Selawat Syifa'
  • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang.

 selawat syifa'

( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)

Nota kaki : Sebelum magrib tadi dah mandikan Cik Bieha dengan air daun mambu, alhamdulillah tidur lena tanpa menggaru2. hehehe
sumber : Blog Pusat perubatan darussyifa' & di olah sikit oleh nealopah.





Kenduri di Rumah Vs Kenduri di Dewan


Salam hari jumaat.... Saya sangat2 ceria hari ni, bersyukur kerana masih bernyawa dan sihat alhamdulillah. Mampu datang ke opis seperti biasa untuk mencari rezeki. Semoga kawan-kawan semua pun ceria dan bersyukur dgn segala nikmat dari Allah Ta'ala.

Rutin harian hari ni bertukar sedikit sebab tak hantar Cik Bieha ke Tadika kerana demam dan ada simptom chicken pop. Kalau hantar nnti bimbang pulak akan berjangkit pada anak2 lain. Cuma hari ni hantar Cik Bieha ke rumah kakak ipar untuk d rawat. Kakak ipar kata nk bagi minum air kelapa bagi chicken pop semua keluar.

Hamboiii..panjangnya intro...ada ke yang nk membaca? Tak kira lah bukan selalu pun nealopah membebel. OTW nk hantar Cik Bieha tadi, lalu lah d beberapa kawasan perumahan. Adalah kelihatan beberapa buah rumah yang standby kanopi untuk kenduri kawin keesokan hari nya...agaknya lah. Dari gambaran yang nealopah tengok. Cik Bieh pun tetibe mengomen," Kenapalah buat kenduri kat rumah, buatlah kat dewan, kan ibu....". Erkkkkk???? Takasima kejapp dengan komen itu. 

Bila fikir2 semula, ni lah akibatnya kalau selalu sangat pergi kenduri di dewan. Dah macam trend sekarang buat kenduri kawin di dewan. Sampai kan mind set budak2 sebaya Cik Bieha pun dh bertukar asal kenduri kawin mesti di dewan bukan di rumah seperti zaman kita kecil2 dulu. Kalau kawin d dewan ni jarang2 berlaku.

Pada nealopah tak kiralah di dewan atau di rumah, matlamatnya tetap sama, hendak meng War-war kan sesuatu perkahwinan dan menjamu rakan2 sahabat handai, sedara mara makan dan berkenalan dengan family yang baru. Cuma kenduri kawin di rumah ni tetap ada sentimental value, terutama kalau juadah kenduri tu di masak oleh orang2 kampung berbanding katering. Memanglah sangat2 meriah.... teringat pulak zaman nealopah bernikah. hahahahaha..


1st time makan Nasi ambeng di Tg Karang...rasa mcm kenduri jugak.


P/S : Masih bnyk rumah kawan2 yang tak sempat nk BW, bz dengan tugas harian di tambah pulak Cik Bieha yang mula demam. Insyaallah cuti 2 hari ni nealopah akan BW rumah kawan2. Rindu nk baca cerita kawan2.




  

Khamis, 21 Mac 2013

Doa untuk anak cerdik dan pintar



Marilah kita amalkan bersama..... jgn putus2 berdoa yang baik2 untuk permata hati kita. Semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Penyejuk mata dan penenang hati, pengerat kasih dalam keluarga...Aminn..Insyaallah.


Sumber : Fb UAI





Selamat Pengantin baru Zaid dan Alin


ZAIN DAN ALIN

N3 yang hampir nak basi... minggu lepas yang nealopah kata sibuk dengan kenduri kendara anak sedara belah tok laki tu, ni lah kenduri menyambut menantu yang serba sederhana tapi tetap meriah di rumah kakak ipar kat Kampung Padang Polo Pekan, Pahang.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT  ZAID DAN PILIHAN HATINYA SHARLEEN @ ALIN. SEMOGA KEKAL JODOHNYA HINGGA KE AKHIR HAYAT.


Jom layan gambar2 yang sempat nealopah ambil.

Bunga telor girl..ehehehe

Pengantin & family belah pempuan

Menu hari tu...opor daging, ayam berempah, Kari daging, acar masak dan Nasi Beriyani.Wajib ada, ikan masin talang 

Pencuci mulut

Kuih bakar, cream puff , jeruk Pak Ali dan Pisang lemak manis sbg pencuci mulut.


Mak sedara Tok Laki

nealopah menyelit tengah2 pengantin bersama kakak ipar dan suaminya 

Karaoke time...my anak sedara tgh nyanyi

2 budak kecik yg menarik perhatian