Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 25 Julai 2013

Kemalangan ngeri di Indera Mahkota Kuantan

 Bomba sedang berusaha keluarkan mangsa dari kereta


Kejadian berlaku tengahari semalam, betul-betul berhadapan opis nealopah. Jalan Kuantan Bypass. Kebetulan nealopah ada di aras 3, jadi urusetia Temuduga Jurubahasa Mahkamah. Tetiba ada bunyi kuat, buat dunno jerlah..... ingatkan ada construction bagunan ke...rupanya ada kemalangan. 

Dari sumber yang menyaksikan,  kemalangan ni berlaku berpunca dari sebuah kereta yang keluar dari simpang tapi tak menyusur laluan terus jer masuk ke laluan jalan, Bas persiaran yang sedang laju dan berada di laluan kiri tak dapat mengelak dan menghimpit ke kanan jalan, kebetulan kereta Iswara merah yang remuk tu sedang lalu. Akibat perbuatan orang lain, orang lain jadi mangsa. 

Jumlah penumpang kereta katanya 4 orang, yang pasti 2 orang meninggal dan 2 orang lagi cedera parah. Al-Fatihah buat mangsa kemalangan, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada yang cedera parah, semoga cepat sembuh. Semoga bersabar dengan ujian Allah di bulan ramadhan ini.

Ada beberapa gambar yang nealopah kongsikan, Semoga jadi ikhtibar kepada kita semua terutama kepada kawan-kawan yang nak pulang beraya di kampung. Hati-hati di jalanraya , pandulah dengan cermat dan saling hormat menghormati antara sesama pemandu. 


Kereta di tarik dari bawah bas

 Jalan sesak sejauh 4km

Jalan semakin sesak sebab ramai yang jadi penonton


 Foto dari Fb ILOVEPAHANG

sedihnya nealopah tengok gambar ni....kesian sangat.  Menurut saksi, dalam kereta ni ada lauk pauk untuk di masak. Mungkin mereka baru balik dari pasar.


Pssttt : Harap-harap pahamlah yer nealopah describe tentang accident tu yer. Maklumlah wartawan takada sijil. Petang otw balik dari kerja lalu di kawasan kemalangan, masih ada kesan-kesan kemalangan tersebut. Sebab jarang sgt tgk kemalangan depan mata...feeling tu lain macam lah pulak. Nak tekan pedal minyak pun takut jer.


12 ulasan:

Chic Na berkata...

sungguh tragis.. org lain jadi mangsa atas kelalaian orang lain..

Umialya berkata...

Akak cukup2 fobia ngan kemalangan ni..

asyifamustaffa berkata...

camtu la....kadang kita ni dah baik pnya ikut undang2...tp orng lain pnya pasal...pun bolekena gak...ermmm...

wawa syaida berkata...

sedihnya baca...tambah2 akak mention ada lauk pauk untuk dimasak....sedih :(

MulutPayau berkata...

Sedihnya....akibat kecuaian orng lain..orang lain yg jadi mangsa....

Unknown berkata...

kesiannye
m arwah tenang di sana
takziah tuk family mereka

Unknown berkata...

ya Allah remuk terok! kesian kan.. kecuaian org lain tp org lain yg jadi mangsa! moga roh mereka ditmptkan di kalangan org yg beriman..amin.. Al-fatihah..

Unknown berkata...

sedinyeee.. dah lah tak lama lagi nak raya.. huhuhu..

Al-fatihah buat mangsa..

sama2 lah kita berhati2 di jalan raya~

NzA berkata...

ngerinya...semoa keluarga yg trlibat tabah...
dlm gmbar tu nmpk TSK, 2 terminal yg baru ke?

Unknown berkata...

al-fatihah...hati2 dijalan ye k.lopah..:D

ANIM berkata...

kak ni sekolah kampung.budak2 sekolah naik motor tak pakai helmet. keluar lorong ikut suka. kadang2 bila terserempak dgn kemalangan live depan mata, tak berani pandang.

p/s takziah untuk keluarga terlibat

intanfirdaus247 berkata...

YA Allah..sedih sgt tgk gambar last sekali tu..orang lain yang cuai..org lain jadi mangsa..Ya Allah menggigil tgk .Al Fatihah