Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Rabu, 31 Julai 2013

Tips Menjaga Buah Pinggang

sumber gugel





BUAH PINGGANG adalah berbentuk seperti kekacang merah terbelah dua, dan berada dibawah pusat kearah belakang badan. Jika baik, baiklah seluruh badan, jika rosak, rosaklah seluruh badan.

Dalam perubatan cina, buah pinggang diibaratkan sebagai 'ibu kepada segala cecair didalam badan' dan daripada situ, wujudlah pula 'Yin dan Yang' Manakala perubatan barat pula mengistilahkan fungsi buah pinggang sama seperti cina cuma ia lebih khusus lagi. 

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita ( proses keseimbangan ini dinamakan hemeostasis ). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan di dalam tubuh. Proses ini memastikan darah kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta mengekalkan tahap asid- alkali di dalam cecair tubuh. Dengan berfungsi sebagai bahan penapis, buah pinggang memastikan bahan yang baik diserap kedalam darah dan bahan yang tidak diperlukan tubuh dikeluarkan dalam bentuk air kencing.

Alangkah ruginya jika kita tidak menjaga sebaik-baiknya anugerah kurniaan Allah ini.   Dibawah ini dinyatakan beberapa tips penjagaan buah pinggang yang boleh menjadi panduan kita bersama :-)

  • Mengambil minuman sekurang-kurangnya 2 liter sehari terutama mereka yang banyak mengeluarkan peluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacanh bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

  • Elakkan memakan mee segera seperti maggi dan jajan seperti twisties, super ring serta mee kuning dan roti canai ianya memudahkan roti canai menyerang.( Gantikan mee kuning dengan spaghetti dan roti canai dengan capati dan tosei).

  • Pengambilan coklat perlu juga dielakkan dan minimumkan pengambilan air milo. Gantikan dengan Horlick kerana ianya jauh lebih baik untuk buah pinggang. Minuman bergas adalah di larang sama sekali.

  • Minuman seperti Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh 'recycle' yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

  • Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini mengandungi ubat -ubatan terlarang.



19 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

geli tgk gambar buah pinggang org dewasa tu hehe

Anum berkata...

:)

::NureeN:: berkata...

THX...
mmg betul... skrg ni kita mkn semuanya.. x kira janji sedap kan.. skrg kena lebih berjaga2

Unknown berkata...

info yang baik nih.. mekasih yer.
minum air masak tuh perkara yang senang kalo dengar kan.. tapi rasa sgt susah nak amalkan~ kena paksa baru leh minum air dgn banyak~

MulutPayau berkata...

Yg dilarang itu lah yg menjadi kgmaran..nak berhenti terus rasanya sukar...kena berhati2..;

Unknown berkata...

terbaik utk pinggang sy nih..ehe

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum. thanks sharing kak, nak mohon sharing dekat fanpage sheila yaaa :)

Sura Mohd berkata...

tips yg sangat bagus..lepas ni kena hati2 kalau nak jaga buah pinggang..biasanya semua sebat...hehehe..

Tanpa Nama berkata...

gd tips tq yer !

AtieYusof berkata...

Nice info...
TQ sharing.. kena lebih alert jaga buah pinggang lepas ni..

Tanpa Nama berkata...

done cuit2 nuffng juga yer

ANIM berkata...

Semua point nea type tu kak amalkan nea...huhu..
Kesian buah pinggang kak anim kan...

Unknown berkata...

air kosong 2 liter susah nak amal tu...bab air berperisa tu mmg susah nak elak...camner nak elok buah pinggang

dear anies berkata...

Moral of the story, mkn o minum berpada2 demi buah pinggang tersyg... :-)

Aisy Nasiha berkata...

ayam, sunquick, coklat, milo....adui... tu makanan ruji kami tu....

el berkata...

alamakk byk nyer yg perlu dielakk
tp yg 1st tu mmmg ada ada dlm diri k.el huhu

Unknown berkata...

aduyaii rupanya deqla dah byk bahayakan buah pinggang deqla.. kena amalkan ni..yela, minum air putih pun kurang..hukhuk..

eita berkata...

sian buah pinggang tu dah tua...

Dayang Deno berkata...

satu lg kan, minum barli dan makan kacang barli!:)