Salam nisfu Syaaban kawan-kawan. Bermulalah buku baru untuk amalan seharian kita. Setelah beberapa hari tak jenguk rumah kedua ni. Sekarang nealopah berada di kampung. Tak keluar kemana2 pun sebab keadaan berjerebu. Dimana-mana pun orang akan cerita pasal Jerebu, bukak TV pun pasal jerebu. Semoga kita dilindungi dan sabar dengan dugaan Allah ini. Hari ni juga sekolah-sekolah di daerah Kuantan turut di tutup.
Adalah beberapa perkara yang nealopah nak share bersama kawan-kawan tentang jerebu.
-Jerebu berkaitan dengan atmosfera yang terdiri daripada zarah, debu dan asap menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Jerebu terhasil daripada aktiviti perindustrian, pelepasan jana kuasa, kenderaan dan pertanian. Asap daripada kenderaan, kilang dan asap kebakaran adalah penyumbang utama kepada jerebu
!! BAHAYA JEREBU !!
ADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA JEREBU SANGAT BERBAHAYA ?
Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
✏ Kanak-kanak
✏ Orang tua
✏ Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
✏ Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
✏ Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
✏ Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
✏ Iritasi di mata serta mata yang merah
✏ Kulit terasa gatal
Sumber SINI
P/S : Semoga keadaan ini cepat-cepat berlalu dan kita sentiasa dalam lindunganNYA. Kalau boleh share lah jugak keadaan JEREBU di kawasan kawan-kawan.
17 ulasan:
semakin teruk kan
kene minum air masak nie..
kt sini pun semakin teruk. nk buka mata pon rs pedih je... bdn plak daberbau asap je
kene berjaga2 la semua..
sama2 kita berdoa moga cepat berlalu dah tak tahan dengan bau asap & kabus tebal yg menyesakkan nafas...
mmg bahaya sgt jerebu ni..sesak nafas dibuatnya.. ok nnti deqla share jerebu kat selayang ye kak..
teruk harap berkurangan la sikit lepas ni :(
Masa kak Zai pergi johor kuat sangat jerebunya.
Harap biarlah berkurangan.
semoga keadaan cepat ...kena kurangkan aktvti luar...
pssttt..tertinggal keadaan pulih pulak..gara2 jerebu, tak nmpak tulisan di skrin...hihihi...
mg jerebu cpt berakhir
thanks info.
owh ingatkan nabihah tu tuan punya blog ni sendiri.
saya nabihah aje. panggil saya Ayie. :) . peluk cium untuk nur nabihah .
moga keadaan ni cpt brlalu....InsyaAllah, sama2 kita doakan.
Moga keadaan cepat pulih..Take care..kena minum air masak banyak2...
alhamdulillah.. hujan turun. jerebu pun hilang
Moga jerebu cepat berlalu, tq berkongsi info.
clik2 tabung cik bieha juga yer
Catat Ulasan