Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 2 Ogos 2013

Nak Tergelak pun ada

Saja nk tayang Nasi Kerabu daging #tak ada kena mengena dengan cerita



Kelmarin saya ada majlis berbuka puasa di Ms Garden Hotel Kuantan bersama Tadika Cik Bieha. Sementara menunggu waktu berbuka kami para-para ibu yang hadir tanpa asben ni ditempatkan di meja nombor 10. Meja kami agak gamat berbanding meja lain, bermula dengan tanya khabar, bergurau, begosip.. oppsss. Paling meriah bila time bergambar, posing-posing. Hehehehe

Tetiba masa kami berbual, adalah sorang ibu ni tanya saya... eh, awak kerja tukang masak yer? sebab tengok fb awk hari-hari post makanan, masakan. Nealopah  terkesima kejap.... erkkkk??? dan terus gelak besar..... kelakar betul lah. Memang saya dan kawan-kawan selalu memasak di pantry opis, memandangkan opis kami jauh dari kawasan makan apatah lagi foodcourt. Gambar yg sy post tu pun saja suka-suka dan bahan jenaka kami se opismate. Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk. Memasak pun menu yg paling simple di dunia. X sangka pulak ada yang pikir sy kerja tukang masak.


Kalau kawan-kawan ingat sebelum ni pernah jugak saya buat n3 memasak di pantry. Ari ni saya kongsikan bersama raka-rakan blogger antara koleksi gambar yang saya pernah post di Fb pasal saya dan kawan-kawan memask di pantry opis. 


 Kami guna multicooker jer, bukan induction cooker pun.


 Singgang dan ikan goreng.... ringkas jer 


 Tom Yam, leburkan segala di dalamnya


 Masak lomak cili padi ayam dan sambal terung telunjuk

 Masak lemak labu, kerabu mangga dan ikan masin  goreng


Pssstttt : Seronoknya kami memasak dan makan bersama apabila adanya hubungan yang akrab antara kami, dah macam adik beradik. Walaupun menu simple....tapi semuanya berselera. Hinggakan kami ada kelab pantry utk membeli barang dapur. Kat opis kawan-kawan ada ke xtvt mcm kitorang ni? atau ada xtvt lain? share lah yerr....




22 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

wow :)

Masya berkata...

seronokkan .. blh mask kat opis, tp yg simple² jerlah... jgn sakan sgt .. kang menganggu org lain..

Hanie berkata...

lauk ringkas je tp meriah la kan.. kt pej. sy ni xde geng nk buat mcm tu.. semua pakat diet thari.. huhuhu..

Jemput ke rumah saya :)
http://rujukvitaminku.blogspot.com

Amanda Suria berkata...

Every day ada pot luck kat my office..ni stop kjp sbb puasa...kami mmg siap ada segala mak nenek perkakas dapur.. kauk je masak kat umah...after raya ni start balik la nampaknya.. .

umi alya berkata...

biasanya memasing bawa bekal dari rumah

ma ❥ berkata...

wah sedap2 nampak

Aziela berkata...

Aduhai...menu simple tu sedapnya. Office kitorang ada rice cooker dan microwave. Goreng2 tak boleh, tapi bakar dan panaskan tu boleh...cuma bila bakar..habis satu opis berasap. Terus tak leh bakar2 dah.

Nafira usof berkata...

Ya Allah~ seronoknye~ siap boleh masak2 lagi kat opis.. kat opis zura, zura sorang jer melayu pompuan. x de geng makan.. sedihhh.. dah lah kat opis ni ade 1 jer kedai makan. dah naik bosan dh makan makanan sama jer~ huhuhuhu

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nea. hahah lawak okey! kat ofis lama sheila suka buat aktiviti riadah bersama. yang ofis skrg je buat hal masing2. heehehhee ;p

Deqla Manjew berkata...

hahaha.. rajin masak tu yg disangka tukang masak.. hurm.. sini pun ada masak2 kat pantri kak..tp rasanya x semeriah opis akak kot..org gomen ni keje mkn je ye kak?hahaha..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ berkata...

untungnya boleh masak kat opis..

Kesuma Angsana berkata...

seronoknyer leh main masak2 kat office cam ni hehehe

Ratu Hatiku berkata...

Seronoknya..leh msk2 kat ops.. Mst hubungan tu jd rapat kan.. Nak jugaklah keje kat sana.. :D

NzA berkata...

kita org pn ada kelab gosip..bila masa rehat msg2 brlonggok kt kantin sk semata2 mkn n brgosip...he3X...

ttp kan best jugak kan masak n mkn sama2..w.pn simple ttp menyelerakan....

eita berkata...

paling teruja tengok nasi kerabu...lama tak makan

izan mama mia berkata...

wah
kalau mkn ramai2
mmg makanan biasa jd luarbiasa sedap

ANIM berkata...

katalah iya..
kerjaya tetap tukang masak di rumah, hee..


p/s salam aidilfitri untuk nea lopah dan cik bieha. maafkan kak jika ada komen dan entry kak yang menyinggung perasaan.

Riedaffya ibrahim berkata...

yg simple2 tu la best kan...tambah makan ramai2..kat sini ada gak masak2 tp jarang2 la....

Nurul Aini berkata...

Wah...hebatnya office akak.hehe. Bestnya, memang seronok masak2 dan makan ramai2.

MulutPayau berkata...

Simple tapi sedap...seronoknya dapat masak ramai2 dan makan ramai2....

QasehnyaRania berkata...

semuanya menyelerakan tekak saya kak :)

intanfirdaus247 berkata...

mana tau one day bila dah pencenn esok dapat buka restoran dan lopah jadi chef,..haaa mana tau kan