Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 5 April 2013

Mee Goreng Udang Sepi

Mee goreng udang sepi

Sapa suka makan mee goreng angkat kening.... hehehehe.. Dah lama terperam dalam draft n3 ni. Menu ni masak masa duk bertapa dalam rumah selama 4 hari menjaga Cik Bieha dalam pantang Chicken pop. Tapi bukan untuk Cik Bieha, tapi untuk...ehemmm...ibu yang sihat ni lah. Macam biasa, nak memasak bukak n3 Sifu saya Cik Mat Gebu. Tapi tak dapatlah nk sama, sebab guna bahan yang ada dalam peti ais jerlah.
Bajet kalau bahan lengkap sedap mcm c.mat masak =p


Bahan-bahan nya adalah :

300gm mi kuning, cuci dan toskan
Udang secukupnya. ( Kalau nk tambah sotong pun boleh)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat ( Saya guna kicap ABC)
2 sudu besar cili kisar ( bole kurangkan kalau tak suka pedas)
1/2 sudu brown sugar
3 biji bawang merah ( di hiris halus)
3 ulas bawang putih ( cincang halus )
sawi 2 pokok @ 6 pelepah.
Lobak merah ( sebatang tu bahagi 2 ) - Hiris bulat @ panjang2 *optional
Capsicum 1/2 biji.
Secawan air panas
Minyak masak.

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah putih dan merah hingga harum, masukkan cili kisar kacau sebentar dan masukkan brown sugar. Mask hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kicap pekat, kacau rata. 
  2. Masukkan udang dan lobak merah dan biarkan sebentar @ agak2 lobak merah empuk, masukkan air panas dan biarkan sebentar kemudian masukkan mee kuning, capsicum dan sawi. Kacau lah sehingga mee masak dan jika hendak mee sedikit basah boleh tambah tapi air panas.
  3. Sedia untuk di hidangkan..... tanpa bawang goreng, tanpa daun sup, tanpa hirisan limau...sungguh SEPI.

P/S :  Nak tambah aksesori boleh goreng keropok mcm nealopah. Kuranglah kesepian itu...riuh lah jugak dgn bunyi keropok tu..hehe

Salam Takziah

 AL-FATIHAH

Salam takziah kepada blogger Yah dari Bolg Membebel dalam diam atas pemergian Ibu mertua ke Rahmatullah pada 3 April jam  lebih kurang 1.00pagi kerana penyakit tua. Semoga keluarga Yah tabah menempuhi dugaan ini. Allah lebih sayangkan arwah..... Semoga Rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman.


“Dipetik dari Auf bin Malik ia berkata: 

Saya telah mendengar Rasulullah SAW – setelah selesai shalat jenazah-bersabda:` Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sehatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air es dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.” (HR Muslim).

Fakta Bersalin di dalam air


 
 
Rasanya kaedah bersalin dalam air ni agak pelik dan masih belum di terima sepenuhnya dalam masyarakat kita. Kalau di luar negara dh ramai yang mempraktikkan nya. Di Malaysia, Dr Harlina isteri Angkasawan negara dah mempraktikkan kaedah ini. Nealopah tertanya jugak  apakah keistimewaan  bersalin kaedah dalam air,  kalau ianya tak ada keistimewaan takkanlah jadi pilihan Dr Harlina kan? Jadi ada sedikit info tentang kaedah ini :

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air

  • Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas didalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas utk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
  • Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Jadi air didalam kolam bersalin akan bersih juga.
  • Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tudak boleh keluar langsung dari tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada didalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula.
  • Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.
  • Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigen otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi. 
  • Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endrofin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.
Saya cuma share fakta jer yer.. haipp.. jangan ada yang pikir saya tengah peknen pulak yer. hahahaaha. Tak puas lagi cik bieha nk manja lebih2.

Sumber dari rakan Facebook 


P/S : U ollss jgn terasa ati yer, nealopah belum ada kelapangan nk BW rumah kawan2. Ati ni rindu sangat nk bersiar2. Bnyk sgt keje kat opis lately...help me plss...  Hari minggu ni nealopah BW k?





Rabu, 3 April 2013

segmen: Pencarian Bloglist Blog Fizizaidi

Assalamualaikum b.t.w

Pencarian bloglist blog Fizizaidi | ditutup pada 13 April, bersemperna dengan hari kelahiran fizi sendiri.hehe Merupakan segmen ke-2 untuk tahun ini. Korang yang dah follow blog fizi boleh menyertai segmen ini ye


Top referral ada ganjaranya.hehe  Harap dapat sokongan dan sambutan yang baik.


syaratnya mudah saja..cuma...

Follow blog Fizizaidi dan like FB fizizaidi.
Copy tajuk enrti 'segmen: Pencarian Bloglist Blog Fizizaidi' dan pastekan.
Copy and paste code dibawah pada entri sahaja.
Tinggalkan link anda pada ruangan komen.

Fizi ulangi...Top referral ada ganjaranya.hehe  Harap dapat sokongan dan sambutan yang baik.
^__^


IBU2 BAPAK2 KALAU NK JOIN KLIK SINI

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
 sumber : fb farit Ismeth Emir

Menang MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER GIVEAWAY






Alhamdulillah...setelah beberapa kali join segmen dan GA. Ini lah pertama kali nealopah menang. Terima Kasih yer  Mak Dara dan Seneorita Baharin.
 



Selasa, 2 April 2013

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi




Syukur...hari ni baru dapat buat n3. Nealopah masak ni menu ni hari minggu yang lepas. tetiba tekak ni teringin nak makan  masakan org nogori. Bukan pandai sangat pun nak buat. Macam biasa gali2 resepi dulu dalam Dapur Tanpa Sempadan.  Bahan2 pun ada dalam peti ais, so boleh lah mencuba. 

BAHAN-BAHANNYA :-)

Setengah ekor ayam, potong ikut suka buang kulit, cuci bersih dan toskan
 3 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
 2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
500ml santan cair
200 ml pati santan
 1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)

4biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 biji cili api ( boleh tambah atau kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak atas api hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air lagi. Biar mendidih.
  2. Masukkan kentang dan asam gelugor. Masak hingga kentang hampir empuk. Tuang pati santan,  masukkan daun kunyit dan bunga kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan. 
  3. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu, bila kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia untuk dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA

Isnin, 1 April 2013

1st SEGMEN SELAMAT HARI LAHIR BY KATHY

 


Segmen oleh Blogger Kathy sempena Hari Lahir nya 8 April nanti.

Kalau nak join dan nk tau syarat2 segmen ni Klik SINI

UCAPAN BUAT KATHY: 
SELAMAT HARI LAHIR KATHY !
Semoga Dikurniakan dengan iman yang sempurna
Akhlak yang terpuji
Pekerti yang mulia
Umur yang bermanfaat
Rezeki yang halal
Ilmu yang berguna
Jodoh yang membahagiakan
Menjadi Isteri Solehah, ibu yang mithali &
Hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat
Amin...


Nama Ibu Nealopah :

Masnah binti Haji Nasri, ucapan buat ibu :
Terima Kasih kerana melahirkan dan membesarkan saya dan adik beradik dengan sempurna 
Semoga mak sentiasa sihat, di panjangkan umur dan di rahmati Allah.

P/s : Selamat Hari Lahir juga buat anak kathy bernama Maizatul Iqma. pada hari esok 2April. Semoga jadi anak yg solehah & berjaya dunia dan akhirat.


Kek Pandan Layer

Kek utk ibu opismate saya, sempena hari lahirnya.


Alhamdulillah, syukur sangat2 lepas sekian lama n3 resepi ni dalam draft dapat jugak di publishkan. Atas permintaan blogger Elfirah Long nak kan resepi ni, kak nealopah share kan lah yer. Maaf gambar yang nealopah ambil ni tak konsisten sebab masa buat tak lah beriya ambik gambar ikut step, time tu belum jd blogger

Kek pandan layer adalah kek feveret nealopah, dah bnyk kali jugak membuatnya. Kalau kek lain2 tu jarang2..kadang2.. sebab nealopah bukanlah peminat kek sebenarnya. Tapi sejak dari sekolah mmg suka sangat buat kek, satu kepuasan bila kek tu menjadi dan tengok orang suka makan kek yang kita buat. 

Tapi kalau kek pandan layer ni, sory yer u olls.. nealopah mmg akan makan bnyak dan berulang2. hehehe..pendek kata kalau tak makan nasi pun tkper ari tu. Sesuai dengan musim panas sekarang, kek ni mmg sedap di makan. Sejuk2 gitew! ok jom tengok resepinya :

Resepi asal : Dapur Kecilku
Di modified : Nealopah

Kek Span Pandan

Bahan-bahan :
150gm tepung gandum ( ayak dulu yer)
1 tsb baking powder ( ayak jugok)
5 biji telor gred B
100gm gula kastor
1 tsb ovallete 
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla * nealopah guna esen pandan
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak * nealopah guna minyak jagung.

( Kalau nak mudah, beli jer spongemix kat kedai kek)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak .
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Nak yang bulat ke 4 segi ke tak kisah lah kan?  Tuang adunan
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. 
Biar sejuk.
Setelah sejuk, potong kek tersebut kepada 3 bahagian (potong leper yer)

* Biasanya nealopah akan biarkan semalaman kek sebelum ke step seterusnya.


                                                       Merekah kek pandan Ku. hehehehe

Potong 3 bahagian mcmni yer
(pinjam pic sweetvanilla)


KASTAD PANDAN


Bahan-bahan:

1200ml santan atau susu cair *nealopah guna fresh milk

1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar *nealopah guna jenama nona
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
 Secubit garam


Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. 
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer

 kastard yang di masak jgn terlalu cair atau pekat


CARA MELAPIS KEK KASTAD

Sediakan loyang.. kalau boleh biarlah sedikit besar dari size kek.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi. Ulang proses tadi, tuang sedikit kastad lagi dan ratakan dan letakkan kek. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.Buat hingga habis kesemua lapisan kek habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah kastad yer! 
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Masukkan kedalam peti sejuk.Biar kastad sejuk dan keras.

Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.

Hias ikut suka. Bole selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering. (nealopah taburkan kelapa kering ajer) cream2 tak mau yer!
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk


 jemput makan.. 

JANGAN LUPA MENCUBA YER!


Hindari April Fool

sumber Fb ayat2 cinta

Zaman sekolah2 dulu suke sangat lah mengenakan kawan2 bila April Fool ni. Terutama masa duduk asrama. Yang nealopah paling tak bole lupa bila member sedang tido, yg lain tu ambik lipstick conteng muka member tu. Tapi mmg kesian pada mangsa. Ada yang nangis...ada yg gelak2.

Tapi masa tu mmg tak terfikir tentang hukum mengenakan kawan2 waktu April Fool. Astragfirullahalazim...berdosa nya saya, bila dh dewasa ni baru tahu berdosanya saya waktu itu. Selagi waras takkan saya ulangi lagi perkara itu lagi.

Kawan-kawan mcmane? Ada pengalaman April Fool tak? 


Ahad, 31 Mac 2013

Segmen : 300 Blogger




Syarat :
  1. Buat satu n3 bertajuk 'segmen : 300 blogger' d n3 u olls. Letak gambar dan backlink ke n3 INI
  2. Publish dan dan hantar link u ollss..setel !
  3. Kalau nk join kawan2 Klik Jer SINI !!
  4. Tarikh tutup 3 April 2013. 11.59am


Andai tiada jodoh.....




Salam hari ahad..best nya duduk rumah sambil bersantai2 kan? hehehe. Tapi esok dh mula bersekolah. Time ni lah tahap kemalasan mencapai tahap super duper maksimum. Sedikit perkongsian bersama kawan2. Nealopah jumpa di FB :

Hati mana yang tidak sedih apabila sesebuah hubungan yang di bina atas dasar cinta berkecai di tengah jalan. Apatah lagi jika ianya di sebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Sesiapa pun akan cuba mempertahankan hubungan tersebut cuma ada sesetengahnya tidak dapat diselamatkan lagi. 

Sememangnya sukar menerima hakikat, bahawa pasangan kita telah pergi atau beralih arah kepada cinta yang lain akan tetapi kita tetap perlu memikirkan sesuatu yang positif dan berbalik kepada fitrah hidup. Berikut adalah beberapa tips untuk kita menangani situasi tersebut :

  1. Sabar tatkala diceraikan atau kematian pasangan atau diputuskan pertunangan
  2. Doakan agar mereka yang menganiaya anda mendapat hidayah.
  3. Jangan berdendam
  4. Mohon Allah jadikan kesedihan sebagai kaffarah dosa-dosa yang lalu serta beristighfar.
  5. Elakkan mengadu sesama manusia kecuali untuk mendapat pandangan agama dalam masalah yang dihadapi
  6. Serahkan urusan mereka yang menganiaya (kecuali kes kematian pasangan) kepada Allah. Jangan sekali2 cuaba membalas perbuatan mereka. Memadailah Allah sahaja sebagai hakim yang maha adil.
  7. Bersangka baik dengan Allah bahawa Allah takdirkan yang terbaik untuk anda dengan menjauhkan sesuatu yang lebih menyusahkan diri anda dimasa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk anda. Dalam masa yang sama,sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk anda. Dalam tempoh diuji, Allah mahu menilai tahap sabar, pasrah anda padaNYa dan akhlak anda sesama manusia. Apabila anda dapat melepasi prasyarat  tersebut,Allah akan gantikan pasangan yang lebih baik dari yang telah hilang.
 pic gugel

Info :
Dalam akhbar Berita Harian 27/3/2013, menyatakan orang ketiga yang menjadi punca penceraian disifatkan sebagai PENJENAYAH mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan yang boleh membawa kepada hukuman denda RM1000 dan penjara .

sumber : BERITA HARIAN ONLINE


UCAPAN  :)

Nak Ucapkan Selamat Hari Lahir pada Blogger zura dari blog NAFIRAA dan Blogger Izan mama mia dari blog Miaduniaku  Semoga kalian di panjangkan umur, di beri kesihatan yang baik dan sentiasa dalam keberkatan.



Jumaat, 29 Mac 2013

Ikhlas dari saya....





Apabila kita buat n3 kemudian kawan2 blogger dengan baik hati sudi singgah dan komen n3 kita. Tersangat gembira apabila komen yang di berikan adalah positif. Walaupun satu komen, ianya sangat bernilai buat saya. Komen kawan2 juga pembakar semangat buat saya seorang blogger baru untuk bebelog. Bermula dengan seorang, sehingga n3 ini di tulis, saya telah ada 368 orang rakan blogger. Bermula dari rakan biasa, mula komen2 blog antara satu sama lain, hingga menjadi kawan sehinggalah ada yang semakin rapat dengan saya.



Apabila hubungan semakin akrab, boleh dikatakan setiap kali bukak blog, wajib saya terjah blog mereka, sebab nak tau apa perkongsian mereka hari ini. Kalau tengok blog mereka tak berupdate mula lah tertanya dalam hati, tak sihat ke? anak dia sakit ke?Ada masaalah apa agaknya dia? Saya jugak dah hafal nama anak2, suami dan adik beradik mereka yang mana sering di ceritakan dlm blog mereka. Begitu jugak kawan2, dah familiar dengan nama anak saya Cik Bieha. 

Terima Kasih kawan-kawan kerana sudi menceriakan hari2 saya. Kerana kawan2 juga saya rajin update blog dan bern3. Kalau kata sebab nuffnang, tu cuma sampingan, berapa sen lah sangat dapat nya pun jika nk bandingkan keseronokkan berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman hidup dengan kawan2. 



Malam ini saya akan mula BW rumah kawan2. Terima Kasih sudi komen dan singgah rumah saya, Semoga ukhwah yang terjalin bukan sekadar di papan kekunci ini sahaja. Kalau d izinkan Allah kita akan bersua suatu hari nanti.

sumber gambar : gugel image

Radix Fried Chicken Kuantan


nealopah punye ni..yummy! 

Hari ni cerita pasal tempat makan lagi. Hehehehe... Radix Ayam organik Fried Chicken baru di buka semula di Kuantan. Kira dekat lah jugak dgn opis nealopah juga. Sebelum ni Radix FC ada di sekitar Terminal Bas Kuantan, tapi telah di tutup. Sekarang beroperasi semula Indera Mahkota 8 Kuantan. 

pinjam pic gugel 


Cik Elfirah Long bersama chicken chop nya



Pendapat peribadi nealopah bersama ahli mesyuarat makan semeja, ayam nya sedap, sama jer jenama tersohor pakcik rambut beruban tu. hehehe kalau beza pun dalam 5% jer. Black paper sos untuk chicken chop pun sedap. Paling sedap coleslow nya. Ayam nya jugak tak terlalu berminyak, sebab ianya dari ayam organik. Paling penting keluaran bumiputra, jenama muslim dan 100% halal.  Harga pun berpatutan. Jom kita support jenama halal Malaysia!!

Khamis, 28 Mac 2013

Nasi Kukus Juna Kuantan


Nak makan kena beratur dulu...sebab nasi kukus ni memang ramai peminatnya.


Minggu lepas tengok Jalan-jalan Cari Makan, Iqram Dinzly makan nasi kukus ilham di Damansara. Kebetulan hari jumaat masa shooting, Iqram pakai Jubah ...hemsem sangat! hehehe... Hari ni nealopah nak cite pasal nasi kukus Juna kat Kuantan. Nasi kukus ni antara yang tersohor di Kuantan. Kombinasi rempah utuk ayam goreng tu yang jadikannya sedap. Ehh..lagi satu kuah dan sambal nya pun sedap.

Nealopah pergi jumaat lepas, nealopah pergi 3 orang. semua pilih peha ayam. Nealopah punya air durian belanda, yang pink tu air bandung soda, lagi satu tu teh o beng. 

Harganya cuma RM6 !  

Kalau kawan2 datang ke Kuantan, bolehlah mencuba nasi kukus ni. Kalau tak silap nealopah, nasi kukus ni ada 3 cawangang,*speaking ganu skett! pertama berhampiran Kolej Shahputra, Food Court Jungle dan yang terbaru di India town  berhampiran East Coast Mall. 

P/s : Terima kasih kawan2 yang sudi komen, saya masih belum dpt nk BW sepenuhnya. Masih bnyk kerja yang perlu di siapkan. Insyaallah hujung minggu nnti nealopah datang yer!