Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 5 April 2013

Fakta Bersalin di dalam air


 
 
Rasanya kaedah bersalin dalam air ni agak pelik dan masih belum di terima sepenuhnya dalam masyarakat kita. Kalau di luar negara dh ramai yang mempraktikkan nya. Di Malaysia, Dr Harlina isteri Angkasawan negara dah mempraktikkan kaedah ini. Nealopah tertanya jugak  apakah keistimewaan  bersalin kaedah dalam air,  kalau ianya tak ada keistimewaan takkanlah jadi pilihan Dr Harlina kan? Jadi ada sedikit info tentang kaedah ini :

Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air

  • Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas didalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas utk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
  • Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Jadi air didalam kolam bersalin akan bersih juga.
  • Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tudak boleh keluar langsung dari tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada didalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula.
  • Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.
  • Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigen otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi. 
  • Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endrofin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.
Saya cuma share fakta jer yer.. haipp.. jangan ada yang pikir saya tengah peknen pulak yer. hahahaaha. Tak puas lagi cik bieha nk manja lebih2.

Sumber dari rakan Facebook 


P/S : U ollss jgn terasa ati yer, nealopah belum ada kelapangan nk BW rumah kawan2. Ati ni rindu sangat nk bersiar2. Bnyk sgt keje kat opis lately...help me plss...  Hari minggu ni nealopah BW k?





23 ulasan:

Aina Areen berkata...

waaaa , nice info :)

CeqGu berkata...

Maknanya lepas baby keluar, mak kena keluar gak dr air utk keluarkan uri....lepas keluar uri baru darah keluarkan....errr berapa banyak perkataan keluar daaaa kikiki

Aisy Nasiha berkata...

bestnya baca ni.. wlaaupun tak ada pengalaman bersalin normal... menarik fakta ni..

❤Kamsiah❤ berkata...

akak dah resign..dah tutup kilang hehe...
teknik tu ada kat semua hospital ke...

jeBateja berkata...

wahhhh......den selalu terfikir..baby tak lemas ke...tapi terjawap sudah...tq

NinaAz berkata...

Oooo. Patutla dr halina buat. Ad byk kelebihn rupanya

siti shahirah alimin berkata...

nice info awak :)))

pinky berkata...

ooo macam tu ya....slama ni tahu boleh beranak dlm air jer... tak tahu detail...tq ya...=)

Cho Zila berkata...

akakpun tak nah amek tau sebab tak penah terfikir nak buat gitu.... thanks...

Kesuma Angsana berkata...

Info yg baik, KA x berkesempatan untuk mencuba dan x mungkin ada peluang lagi kot hehehe

Irfa berkata...

ngeri tgk gambar.masih teringat pengalaman meneran hihi

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nea. heee thanks sharing ilmu. heee kalau cik bieha ada adik kan best...............

Nafira usof berkata...

kat malaysia belom glemer lagi bersalin cara nih kan~

tapi zura masih takut lagi nak beranak.. hahahaha

izan mama mia berkata...

wah...sesuatu yg patut dicuba..pada mereka yg masih nak beranak...akak dah xmo..jhuhu

nens cellection berkata...

nealopah..smlm nens tgk fb ramai org duk pakat share perempuan omputih..bersali sambil berdiri jek..giler sutir2 nampok yg bwh tu..dh la x trim bwh tu..nk share malu aihhh...tp mmg die branak sambil berdiri..pehhh ngiluuu

AyueJean AJ berkata...

Nice info..
Kat malaysia ni tak praktikkan lagi...

Deqla Manjew berkata...

menarik jugak kan..wlupun nmpk pelik...yg pasti byk kelebihannya....

Chic Na berkata...

kurang sakit ye. boleh try ni. kikiki.. bila xtaw.

Mar Haini Abdul Rahim berkata...

aah pelik.. kat malaysia dh ade yg buat ke ??? hehe cm xberani je..

QasehnyaRania berkata...

pernah tgk kt you tube..
ibu berusaha teran dalam air masa nak keluar ibu kena keluar dari air tu..

intanfirdaus247 berkata...

memang bagus bersalin dalam air ni..kak intan tau semenjak keja dgn magzine mami baby dulu..nice entry lopah

aLyNnZ berkata...

Teringin nak try tp tak berkemampuan..dlm air kite nyer tutt kembang so maybe lebih memudahkan proses bersalin..baby takkan mudah lemas sedangkan dlm perut pun dok dlm air gak kan..

Nurul Aini berkata...

Saya ada pernah dengar..macam menakutkan..Ohh..macam ini rupanya.