Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Isnin, 1 April 2013

Kek Pandan Layer

Kek utk ibu opismate saya, sempena hari lahirnya.


Alhamdulillah, syukur sangat2 lepas sekian lama n3 resepi ni dalam draft dapat jugak di publishkan. Atas permintaan blogger Elfirah Long nak kan resepi ni, kak nealopah share kan lah yer. Maaf gambar yang nealopah ambil ni tak konsisten sebab masa buat tak lah beriya ambik gambar ikut step, time tu belum jd blogger

Kek pandan layer adalah kek feveret nealopah, dah bnyk kali jugak membuatnya. Kalau kek lain2 tu jarang2..kadang2.. sebab nealopah bukanlah peminat kek sebenarnya. Tapi sejak dari sekolah mmg suka sangat buat kek, satu kepuasan bila kek tu menjadi dan tengok orang suka makan kek yang kita buat. 

Tapi kalau kek pandan layer ni, sory yer u olls.. nealopah mmg akan makan bnyak dan berulang2. hehehe..pendek kata kalau tak makan nasi pun tkper ari tu. Sesuai dengan musim panas sekarang, kek ni mmg sedap di makan. Sejuk2 gitew! ok jom tengok resepinya :

Resepi asal : Dapur Kecilku
Di modified : Nealopah

Kek Span Pandan

Bahan-bahan :
150gm tepung gandum ( ayak dulu yer)
1 tsb baking powder ( ayak jugok)
5 biji telor gred B
100gm gula kastor
1 tsb ovallete 
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla * nealopah guna esen pandan
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak * nealopah guna minyak jagung.

( Kalau nak mudah, beli jer spongemix kat kedai kek)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak .
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Nak yang bulat ke 4 segi ke tak kisah lah kan?  Tuang adunan
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. 
Biar sejuk.
Setelah sejuk, potong kek tersebut kepada 3 bahagian (potong leper yer)

* Biasanya nealopah akan biarkan semalaman kek sebelum ke step seterusnya.


                                                       Merekah kek pandan Ku. hehehehe

Potong 3 bahagian mcmni yer
(pinjam pic sweetvanilla)


KASTAD PANDAN


Bahan-bahan:

1200ml santan atau susu cair *nealopah guna fresh milk

1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar *nealopah guna jenama nona
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
 Secubit garam


Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. 
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer

 kastard yang di masak jgn terlalu cair atau pekat


CARA MELAPIS KEK KASTAD

Sediakan loyang.. kalau boleh biarlah sedikit besar dari size kek.
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi. Ulang proses tadi, tuang sedikit kastad lagi dan ratakan dan letakkan kek. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.Buat hingga habis kesemua lapisan kek habis. Pastikan lapisan atas sekali adalah kastad yer! 
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Masukkan kedalam peti sejuk.Biar kastad sejuk dan keras.

Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.

Hias ikut suka. Bole selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering. (nealopah taburkan kelapa kering ajer) cream2 tak mau yer!
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk


 jemput makan.. 

JANGAN LUPA MENCUBA YER!


29 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya

❤Kamsiah❤ berkata...

akak beli kat bakeri ja kek mcm tu hehe

Aina Areen berkata...

hmmm , sedapnye . pos laju dekat aina meh :P hehehe

adzairdawati makdara berkata...

wah sedapppp tuuuuuu

nik ros berkata...

sedapnya. jarang la org buat kek pandan sebagai kek bday kan. selalu kek coklat jea.

tapi ni nampak special. tgk gambar last tu lagi terliur..huhu

AyueJean AJ berkata...

AJ penah makan tapi tak reti buat....
AJ lebih suka kek coklat.... =D

Kuazue Mohd berkata...

mengguda lah...kalau guna tepung selain tepung hon kwee boleh tak??!

are_lin@yu berkata...

sedapnya kek..nk jgk..hiih

nens cellection berkata...

pandainyerr!!..nnt nk order la ngn nealopah..hehe

Tihara berkata...

tabik spring kat lopa pandai buat kek ni..kek ni yang rasa sejuk2 tu bila dimakan kan..sedap2 :)

NinaAz berkata...

Menariknyaaaaa. Balik kg baru boleh buat krk bagai. Hurm

Kesuma Angsana berkata...

dulu2 suka giler dgn kek ni... asyik pulun buat aje hehehe

Chic Na berkata...

nampak menggoda je. pandai akak baking. kek pandan memang sedap bau pun wangi je. ;)

Ira berkata...

alamak.. lapar perut saya tgk kek akak ni.. :)

izan mama mia berkata...

kalaulah akak pandai masak kek ni...huhu hijau nampak cantik n sedap lak

NzA berkata...

TQSM 4 sharing...nmpk sgt2 menyelerakan...nnti nk cuba buat jugalh.

Nafira usof berkata...

MasyaAllah~ sedapnye nampak!!
terliur bangat nih~

Deqla Manjew berkata...

kenapa la tiap2 hari aje jek org pos psl makanan...jeles tau.. terliur tgk kek! arghh.. ;p

ANIM berkata...

courier ke sg petani satuuuu!!

hainom OKje berkata...

Okje pun bukan penggemar kek...tulah pasal mls nk belajo buat kek...haha

eita berkata...

waaaaa.....sedap nyer...lapor lah...

Maria Menado~ berkata...

sedapnyaaaa... hehe.

intanfirdaus247 berkata...

sedapnyaaaa pandai lopah buat..

Kathy Rbain berkata...

salam...jemput join segmen kathy http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/04/1st-segmen-selamat-hari-lahir-by-kathy.html

Riedaffya ibrahim berkata...

sedap tu...post sini skit..heee

Alia Laila berkata...

Ni favorite ayah saya ! Ok, bookmarked ;)
Nanti nak buat la. Haritu jumpa resepi dalam buku tapi complicated sikit u_u
Terima kasih share resepi :D

Nurul Aini berkata...

Wuhuuu..mesti cuba ni..Nanti dah cuba menjadi..saya beritahu ye...kihkih. ^____^. Terima kasih akak sebab share.

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

akak nk sikittttt kihkihkih

nor azlina berkata...

boleh guna tepung jagung