Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Selasa, 24 September 2013

Sedapnya Radix Fc




Mentang-mentang Radix Fc dekat jer dengan opis, sekali sekala tu mesti nak jugak lunch kat sini. Jenama muslim, 100% halal. Rugi siapa tak pernah rasa keenakan ayam orgnik di Radix Fc, ayamnya kurang berminyak sesuai untuk yang nak diet. Tetapi rasa memang setanding dengan jenama yang tersohor lain.


Saya pilih set Chicken Chop, pertama sebab of cos ayamnya sedap dan krunchy, sos yang berherba, kalau tak silap saya ada mas cotek di dalamnya. Kentang putar dan coleslow saya bagi 5 bintang. 


Nasi ayam ni kawan saya yang baham...hehehe. Set lengkap nasi ayam. Sup dan sambal lada nya memang terbaeekkkk.



Radix Herb Burger, daging burger yang memang terasa herbanya. Sedapppp.....


Syukurrr alhamdulillah ...... kenyang.



P/S : Bukan nak iklan tapi produk yang baik apa salahnya kita sebarkan, disamping membantu meningkatkan produk muslim.


20 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

pernah dengar orang kata sedap tapi tak pernah rasa lagi...nak juga merasa sekali esok2... ^_^

Asyifa Mustaffa berkata...

klau dlu nak mkn kat radix ni...ada di mydin melaka....tp skrng da tutup...itu x tau dah nak melepas geram di mna....

Mmg sedap...kluaran bumiputra..under HPA ni....rugi klau x cuba...

intanfirdaus247 berkata...

Salam lopah..maaf ya kak intan jarang sangat dapat online dan bw,..nak mai blog lopah pon jarang-jarang
tq dear sebab selalu bg sokongan…terharu..memang stress sekarang,,.tp akak kena tempuh juga,,
sedap ya radix n..x pernah lg cuba..duk tgk ja

Nurzakiah Hanum berkata...

sedapnya

❤Kamsiah❤ berkata...

pernah merasanya sekali...
ayamnya keciknya ja ,kan...dibela secara organik..tak cucuk2,suntik2 bg gemuk..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak, fav sheila ni! memang sedap ayam goreng dia... jom support keluaran bumiputra :)

Sura Mohd berkata...

bila baca n3 ni..terus rasa nak cuba..tapi dimana ya?..nnt nak cari cawangan mana yg terdekat..:)

Nafira usof berkata...

harap2 lepas nih ade lah bukak cawangan kat shah alam nih jugak. adik zura pon kata sedap ayam dia. x hanyir.

Deqla Manjew berkata...

syoklah dkt je ngan opis.. boleh la slalu je pegi mkn sana kan.. esok lak dah gaji.. kan kan..haha.. deqla x penah try lagi...huhu

Zaitun berkata...

Salam

Kak Zai pernah makan di Mydin Melaka. Sekarang dah tutup. Satu aje yang kurang puas hati tentang kebersihan agak kurang sikit. Meja dan lantai dibiarkan, sisa makanan dan berair.

Riedaffya ibrahim berkata...

kalo da berdekatan ngan tempat sy ni..da lama pgi...x salah cuba yg baru plak kan..

nea lopah berkata...

Waalaikumsalam kak zai...
so far kat kuantan ni bersih, layanan pekerja pun mesra.

Chic Na berkata...

sedapnya kak.. selalu je nak singgah tapi tak tersinggah2.. kena try jugak nnti..

NzA berkata...

mmg sedap....akak pernah mkn ayam goreng radix....trbaik.

aTieYusof Family berkata...

Tak berpeluang lah nak makan di Radix FC ni..sebab kt Sabah rasanya takde...huhu:(

Tihara berkata...

kat jerantut takde plok,
patutnya luaskan lagi market dia,
lawan mcd tu..tetiba je emo, hehe..
btw memang nampak sedap la..huhu nak nages bleh tak

ma ❥ berkata...

nampak pon sodap

Cik Puan Rara berkata...

wow mcm sedap~ nk try lah nanti.adehhh~ lapa.

Kesuma Angsana berkata...

nampak sedap sangat tu kena dicubalah ni !

Khai♥Rin : anies berkata...

syg nyer radix ni x de kt area sy ni