Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Rabu, 17 Julai 2013

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai Yang Simple



Resepi asal dari CMG idola masak memasak nealopah. Resepi ni memang sedap dan simple. Tapi rupa kerabu yang saya hasilkan ni taklah seindah CMG. Hehehe... Macam bumi dengan pluto. Tapi tak kisahlah, yang penting sedap. Apa-apapun bulan-bulan puasa ni memang sesuai sangat di jadikan salah satu juadah berbuka. Nealopah mencuba resepi ni sebelum puasa lagi. Bila dah terliur tu, balik dari opis sempat singgah pasar cari mangga muda.

Resepi asal : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)
Tukang olah : Nealopah.


BAHAN-BAHANNYA :

2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan *saya letak sedikit kicap sotong
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan *saya tak letak pun

CARA MEMBUATNYA :
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. * saya parut. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
 



selamat Mencuba !



19 ulasan:

umi alya berkata...

Akak ada buat kerabu mangga semasa Ramadhan ke 3 tapi masukkan udang kering, rasanya ala2 somtam

NzA berkata...

emmmmm...pembuka selera utk berbuka nie.....

Aisy Nasiha berkata...

eh kerabu, semalam pun kami makan kerabu, tapi kerabu rumpai laut

azieazah berkata...

Kak Azie suka boh udang kering, dan kantan (ricik halus). Anak-anak akan meratah satu bekas besar!

JunAina berkata...

Pembuka selera kerabu mangga ni, rasa masam2 tu buat kita rasa nak makan lagi dan lagi...

fairus mohamad noor berkata...

sedap tu..tq share resepi

Khai♥Rin : anies berkata...

waduhhhh sedap nyerrr

el berkata...

adoyaiii kecur ayaq liur el tgk kerabu ni...hahaha

Kesuma Angsana berkata...

mmg best ni, tq share resepi yer

jaakechik berkata...

sedapnya.. tengkiu sharing resepi!!

❤Kamsiah❤ berkata...

aduhhh...tgk kerabu mangga dikala perut berdondang sayang ni..:)

adzairdawati makdara berkata...

perghhh peberet mak tu hehe

Deqla Manjew berkata...

masok ni dah entri yg ke 100 psl makanan je.. hahhaha.. terlur tahu...!! ;)

Deqla Manjew berkata...

*terliur

Riedaffya ibrahim berkata...

buat org terliur aja...sedap tuh

Chic Na berkata...

sedapnyaaa tp mesti masam.. time puasa kena pantang mknn masam sbb gastrik.. wuuuu.. cedihnya..

Ratu Hatiku berkata...

mst sedap nie.. nak cubalah.. :D

Nafira usof berkata...

uihs~ sedapnyeeee *sambil telan air liur..

QasehnyaRania berkata...

alahai sedapnya.
saya baru je lpas makan mangga cicah garam.haha