Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Rabu, 17 Julai 2013

Sembang Ramadhan : Berbuka ni nak Masak ke Beli?



Hari ni 8 Ramadhan 1434H, maknanya dah 8 hari umat islam berpuasa. Seronok berada di bulan Ramadhan, suasana yang agak berbeza berbanding bulan yang lain.  Seronok kerana adanya solat Tarawikh, ada moreh, jiran-jiran di sekitar rumah bertukar-tukar juadah berbuka puasa. Bazar Ramadhan pun merata-rata ada, macam-macam makanan ada. Saya paling suka membeli kuih, nak pulak kuih muih feveret nealopah iaitu nekbat kuih tradisi pantai timur.


Kuih nekbat nikmat makan bila sejuk ( pinjam pic emun )

Soalan lazim bulan puasa ni, di rumah atau di pejabat, "Berbuka ni, nak masak ke beli?. Ada sesetengah orang suka membeli jer, dan ada jugak yang suka memasak. Secara peribadi nealopah suka memasak sebab yang pertama en. Asben memang tak suka lauk beli ni. Kedua terjamin kebersihan...insyaallah. Pengalaman tahun-tahun lepas, beli lauk di Bazar Ramadhan, rasa dah lah tak berapa sedap, bila lepas tarawikh nak makan dah basi. Frusttttt! 

Insyaallah tahun ni saya akan memask sendiri lauk untuk berbuka puasa walaupun simple2, cuma kuih muih sejenis dua saya akan beli juga. Jadual kerja bulan Ramadhan di opis nealopah bertukar sedikit, di anjakkan setengah jam awal. Masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Lepas keluar dari opis, saya ambik Cik Bieha dari sekolah dan menempuh jalan jam, sampai kat umah dalam pukul 5.45 petang.

Adalah masa lebih kurang  1 jam lebih nak memasak. Cukup lah masa untuk menu yang simple-simple. Masa tu kalah dapur MasterChef , hehehehe. Panjang pulak membebel petang ni, kering tekak.... Kawan-kawan macamana pulak? Selalunya membeli ke memasak? Jom Share! 


Menu simple saya iftar semalam, Sup sayur, daging masak kicap, Ikan merah goreng untuk Cik Bieha (dia tak makan daging), Sambal tomato dan kuih Seri Muka ( beli di Koperasi Opis )




19 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

nyum2

mummy alisha berkata...

beli jer.. hehe

wawa syaida berkata...

utk menu ari ni...plan nak beli je

Sura Mohd berkata...

akak beli jer lauk ari ni..akak pun suka nekbat tu..kalau nk sejuk cepat akak letak ais..sedappp..

::NureeN:: berkata...

mmg nureen pon sama, lebih refer msk sndrik, walaupon simple totap puas ati kan...
tp ptg ni, x tau la nk msk apa.. asben plak blk lmbt, ada keja katanya...
mmmm ada suggestion x?

izan mama mia berkata...

lbh baik msk sendiri
tapi
kekadang terasa nak g beli

ANIM berkata...

lauk pauk kak masak sebab kami brbuka dengan nasi. kuih muih tu encik suami beli je balik ofis. tu pun 2,3 jenis aja. masak sendiri ni je sebab ke"fresh"annya dicari. ala simple je pun..main campak2 saja

ieda immi berkata...

masak dik
lebih muai koot
tapi stll ke bazar sbb nak cari kuih
selalu akak gi awal nak elak ramai org huhuh

umi alya berkata...

sempat lagi wat sambal tomato

Khai♥Rin : anies berkata...

Opismet sy preggy n mengidam nekbat tp kt sini kt param xde

MulutPayau berkata...

Akak biasanya masak walau pun simple jer....

azieazah berkata...

Cemana pun alasannnya, Kak Azie tetap kata memasak sendiri adalah lebih baik, lebih bersih dan murah. Puas hati.

Tapi.. dah habis idea dah nak masak apa. hehehe

Asyifa Mustaffa berkata...

masak jer...lauk bli bila time terdesak jer..hehe...
lagipun msak sndiri...puas hati....kan...:-)

Deqla Manjew berkata...

deqla selalu beli je..sbb blk keje x smpt nk masak.. huhu..sabtu ahad je masak.. ;)

Chic Na berkata...

kdg2 beli jugak beli mama dah takde idea nak masak ape.. huhu..

Kesuma Angsana berkata...

KA Pun masak cuma kuih2 pakat2 beli aje !

adianiez AIDA berkata...

setakat ni aida lebih masak dari beli lauk. lauk pauk pun mahal nyer la hai!!!

kakinakl.com berkata...

salam ramadan
beli kueh tak per..tapi kalau nak makan baiklah masak walaupun simple dimple

QasehnyaRania berkata...

tak pernah makan la kuih tu.