Salam pagi isnin semua. Sapa yang zaman sekolah nya dulu darjah satu guna buku teks ni? ni lah buku teks Nealopah tahun 1, penuh nostalgia. Nealopah jumpa gambar ni dalam FB. Dah berpuluh tahun tak tengok buku ni sekali bila jumpa gambar ni teringatlah zaman pertama kali menjejakkan kaki di darjah satu.
Nealopah ingat lagi guru kelas Nealopah masa tu Cikgu Fauziah, garang giler.... salah sikit jer siaplah menyinga lah dia pada kitorang, tapi kalau yang buat salah tu anak cikgu ke doktor ke anak pegawai2 tak apa plak, siap pujuk2 lagi. Nampak ketara sangat sebab budak sebelah nealopah tu anak pegawai syarikat apa ntah di tatang mcm minyak yang penuh. Walaupun masa tu umur baru nk masuk 7 tahun, tapi paham bebenor erti pilih kasih. Setahun bersama cikgu tu nealopah paham sangat angin dia. Tapi sebab time tu kecik lagi tak pandai lah nk memberontak. Ikutkan jerlah.
Seperti telah dijanjikan Allah, setelah habis belajar, Nealopah dapat offer jadi GSTT ( Guru sandaran tidak terlatih), bertemulah dengan Cikgu Fauziah ni tapi dia dah jadi Guru Besar. Dia tak tau saya ex student dia. Tetapi guru2 di bawahan mmg ramai tak puas hati dan tak suka dengan Cikgu Fauziah. Terlalu Fussy, emo dan mcm2 lah. terdetik dalam hati ni, tak berubah lagi perangai cikgu ni. Cuma nealopah tak pernahlah ceritakan pada sesiapakan tentang hal ini kecuali pada mak dan hari ni luahan di blog.
Sekarang saya pun dah tak tau tentang Cikgu Fauziah lagi. Dah pencen agak nya dia. Sepanjang saya jadi guru, saya sentiasa pesan pada diri supaya tidak pilih kasih, samaada murid tu kaya, miskin, pandai atau kurang di mana2. Walaupun dia masih kanak2 tapi tetap ada perasaan. Kenangan bersama cikgu tu terpahat di hati seumur hidupnya.
Apa pulak pengalamah kawan2 semasa di darjah 1?
p/s : Maaf kawan2, nealopah tak sempat nk BW, weekend baru ni bz sedikit sebab mak sedara nealopah di masukkan ke wad kerana komplikasi pada hati. Semoga dia cepat sembuh.
24 ulasan:
teringat :)
pernah dapat buku nie kak... masa tu 1994 rasanya.. hehehe,
masa kita sekolahpun kte jumpa cikgu pilih kasih, masa dia jadi cikgu kelas kte dari darjah 4 sampai 6 semedang je dia layan baik ada saudara dan anak angkat dia,kte punya result hebat macammanapun, dia tetap cari point untuk bagi anak sedara dan anak angkat dia nombor satu dan dua, kalau dia rasa hadiah nmbr tiga tu lagi gempak, baru dia letak anak angkat dia dekat nombor 3, pernah masa darjah enam nampak cikgu tu pilih kasih sangat-sangat, biasalah... sekolah kampung,kebetulan cikgu tu pulak memang asal kampung tu, memang suka-suka dia je lah!
okey,sekian pengalaman sekolah rendah saya. fweh.. panjang rupanya saya menaip :)
nostalgia zaman kanak-kanak.
one thing yg aida takkan lupa ~ 1st day ke skola darjah 1 pakai tudung. masa tu tahun 1985 (tua da aku ni!!!). org lain pandang aida mcm alien. org lain pakai pinafore! next day, buka aurat! baju kurung tanpa tudung hi hi hi...
wah....nini pon sempat dengan buku ni......kenangan darjah satu.....masa perhimpunan, cikgu cakap kalau boleh, budak darjah 1 belajar la pakai tudung, saya faham, budak darjah 1 kena pakai tudung, esok datang dengan tudung ke sekolah, tapi pelik tengok kawan2 rilek je tak pakai tudung...hahahaha sampai la ni, pakai tudung...=p
take care kak..
nostalgia..rindunye zaman persekolahan..:)
Lily tak ingat dah nama cikgu sekolah rendah...
org kata cikgu pompuan cepat naik angin..pms la,menapause la..
nostalgia sangat buku ni..terima kasih sebab share....huhuhu
alahaii.. x hengat dah buku tesk darjah 1.. lupa dah~
sepanjang zura sekolah tak pernah lagi dapat cikgu yang pilih kasih cam tuh~ semua cikgu baik2. Alhamdulilah~
haah la kak...deqla teringat jugak.. hihihi....
bile tengok buku teringat kat zaman sekolah rendah dlu..masing2 ade experience kan..
mmg nostaligia betul ni hehehe
Memang nostalgia betul lah buku tu ☺☺
Smoga mak sedara NL cepat sembuh.
Nealopah teacher ekkk. Hihihi.btw. semoga mak sedara cpt sembuh
hihihi....dah x ogt dah.. tp yg xblh lupa bila bdk kelas sorang tu berak dlm suar..... kalau jumpa dia skrg mst ketawa.. :P
mmg nostalgia sungguh.. lya pon smpt guna buku teks ni..
btl tu, guru mmg kna adil saksama & x pilih bulu dgn murid2...
saya pun guna buku tu jugak...
Nasib baik tak pernah dapat cikgu macam cikgu Fauziah :)
ayu penah dpt buku nie dulu.... mmg nostalgia...
kathy pun pakai buku ni jugak dulu..hehehehe..
akak dah tak ingat ker rupanyaer buku teks darjah satu akak... lama sangat...
guru.. guru.. janganlah jadi begitu...
Rindu zaman sekolah. Saya tak teringat pula macam mana buku teks darjah satu saya..hehe. Ermm..saya pun tak suka cikgu mahupun pensyarah pilih kasih. Baguslah akak.
p.s: Rindu akak..hehe..of course rindu sokmo. Semoga mak saudara akak cepat sembuh dan sihat.
ohhhh syahdunyaaaa t tingat zaman dulu..buku teks ni memang kak intan ingat..rindu…
lopah bila nak join combo ga n? nak menang kan …(koh koh koh)
wahhh nostalgia.. ;)
Rasanya zaman AJ still ada lagi buku ni.. =D
Catat Ulasan