Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 5 April 2013

Mee Goreng Udang Sepi

Mee goreng udang sepi

Sapa suka makan mee goreng angkat kening.... hehehehe.. Dah lama terperam dalam draft n3 ni. Menu ni masak masa duk bertapa dalam rumah selama 4 hari menjaga Cik Bieha dalam pantang Chicken pop. Tapi bukan untuk Cik Bieha, tapi untuk...ehemmm...ibu yang sihat ni lah. Macam biasa, nak memasak bukak n3 Sifu saya Cik Mat Gebu. Tapi tak dapatlah nk sama, sebab guna bahan yang ada dalam peti ais jerlah.
Bajet kalau bahan lengkap sedap mcm c.mat masak =p


Bahan-bahan nya adalah :

300gm mi kuning, cuci dan toskan
Udang secukupnya. ( Kalau nk tambah sotong pun boleh)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat ( Saya guna kicap ABC)
2 sudu besar cili kisar ( bole kurangkan kalau tak suka pedas)
1/2 sudu brown sugar
3 biji bawang merah ( di hiris halus)
3 ulas bawang putih ( cincang halus )
sawi 2 pokok @ 6 pelepah.
Lobak merah ( sebatang tu bahagi 2 ) - Hiris bulat @ panjang2 *optional
Capsicum 1/2 biji.
Secawan air panas
Minyak masak.

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah putih dan merah hingga harum, masukkan cili kisar kacau sebentar dan masukkan brown sugar. Mask hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kicap pekat, kacau rata. 
  2. Masukkan udang dan lobak merah dan biarkan sebentar @ agak2 lobak merah empuk, masukkan air panas dan biarkan sebentar kemudian masukkan mee kuning, capsicum dan sawi. Kacau lah sehingga mee masak dan jika hendak mee sedikit basah boleh tambah tapi air panas.
  3. Sedia untuk di hidangkan..... tanpa bawang goreng, tanpa daun sup, tanpa hirisan limau...sungguh SEPI.

P/S :  Nak tambah aksesori boleh goreng keropok mcm nealopah. Kuranglah kesepian itu...riuh lah jugak dgn bunyi keropok tu..hehe

26 ulasan:

Unknown berkata...

cik akak nak mintak sikit lah kak lofa..hihi...sedap tu :)

nurbijen berkata...

wah, sedapnya nyer... keropok tu pelengkap aksesori :)

Unknown berkata...

akak, tang sepi tu yg buat terliur.. hihi.. sy tgh angkat kening ni ^_^

Chic Na berkata...

ooo patutlah nama dia sepi. hehe.. cikna suka mee goreng mamak. :)

Unknown berkata...

ooo..patuttlah sepi..hihi...sedap nama menu

Unknown berkata...

kenape udang sepi

QasehnyaRania berkata...

sama pula dgn menu sy mlm ni.
sy buat mee goreng je kak..

tp guna rempah masak hitam mama mia.. hihi

OKje berkata...

alahai tengok ni teringat mee tak masak lg kat fridge...huhu

intanfirdaus247 berkata...

sedapnya.....malam n akak makan cha keow teow..x sedappppp..tapau kat kedai

lynmunir berkata...

Sepi pun tak apa janji masuk kat tekak SEDAP .

AM berkata...

*angkat kening* Sepi cmnie pun dah kira okay, janji perut kenyang. Lapar pulak bila tengok waktu pagi cmnie. :D

NzA berkata...

nasib baik baru lepas sarapan.....hik.hik.hik...

pinky berkata...

suka sangat.... sbb mee kalau msk bersup etc xsedap...mee goreng je terbaek!!!

Umialya berkata...

teringinnya tengok mee tu, tolong masak ntuk akak boleh?

ANIM berkata...

ingatkan orang yg memasaknya kesepian...heee

Tie HT berkata...

mesti cedap nih,
pandai nealopah masak
kalah nealofa..
insha Allah nanti nak try resipi ni :)

aLyNnZ berkata...

Ahai...baru ler tau knp sepi..hihi..sepi2 pun alynn tgk menyelerakan jygak..

AtieYusof berkata...

Sedapnya! sy suka mee goreng (siap angkat2 kening)..hehe..
boleh cuba masak nti..

CeqGu berkata...

Xpernah lg buh brown sugar, next time bleh try

CeqGu berkata...

Xpernah lg buh brown sugar, next time bleh try

Aisy Nasiha berkata...

sentimentalnya nama mee ni.. hihi... brown sugar byk lebih nanti bolehla masak mee mcm nea lopah ni... menarik juga, kalau kita tukar adjust resepi ni..

Dayang Deno berkata...

deno kalau mi goreng mesti tak letak kicap atau garam..

Unknown berkata...

kene try jugak le resepi nih,.,,

Tanpa Nama berkata...

sedap dah tu !

Ayue Rejaluddin berkata...

Bak sikit kak....
Tapi kenapa sepi??
Heeheheh..

Nur Nainis berkata...

Sedapnya..tertelan air liur..hehe..