Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU




Entri lambat post.....Hari ni 16 Mei adalah hari guru, suasana di sekolah2 nmpak agak luar biasa hari ni, kelihatan lebih ceria. Murid-murid dan pelajar mmg overexcited hari ni berbanding  cikgu. Semalam otw balik dari opis kedai2 sourvenir ramai kanak-kanak yang ditemani mak ayah pergi  membeli hadiah untuk cikgu2 mereka. Termasuklah diri nealopah sendiri. Tapi nealopah ajak Cik Bieha pergi Menang Glassware. hehehehe....part tu nanti saya update.

Bagi yang tidak tahu tentang profession seorang guru, mereka anggap cikgu ni keje sampai pukul 1 jer, cuti banyak dan gaji besar. Tapi nealopah sendiri ada pengalaman menjadi guru. Walaupun habis mengajar dalam kelas hingga pukul 1, tapi tugas guru bukanlah sampai di situ tetapi ada berbagai lagi. 

Masa pertandingan bola ...... cikgu jadi REFEREE
Masa budak nak bertanding apa-apa acara....cikgu jadi JURULATIH 
Masa aktiviti KH.....cikgu jadi PETANI
Masa kutip Yuran....cikgu jadi AKAUNTAN
Masa RMT.....cikgu jadi PELAYAN
Masa budak sakit.........cikgu jadi DOKTOR
Masa ceramah.....cikgu jadi MOTIVATOR
Masa hias kelas.....cikgu jadi PEREKA DALAMAN
Masa pertandingan koir....... Cikgu jadi KOMPOSER
Masa kerusi meja patah......Cikgu jadi TUKANG KAYU
Masa budak muntah/berak dalam kelas.......cikgu jadi TUKANG CUCI
Masa budak mencuri......cikgu jadi DETEKTIF
Masa budak buat persembahan......Cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan...........Cikgu jadi TENTERA
Masa hari kantin........Cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
Masa hari guru......Cikgu jadi PENYANYI
Masa gotong Royong.....Cikgu jadi TUKANG KEBUN
Masa waktu solat....Cikgu jadi TOK IMAM
Masa parent lambat ambik.....cikgu jadi BABY SITTER
Masa budak bergaduh.......cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH
Masa budak sakit kecemasan.....cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Masa merentas desa........cikgu jadi POLIS TRAFIK
Masa murid bersedih........cikgu jadi PELAWAK

TERIMA KASIH CIKGU!!



17 ulasan:

QasehnyaRania berkata...

guru serba boleh kan..

selamat hari guru juga :)

Khai♥Rin : anies berkata...

SELAMAT HARI GURU..

MulutPayau berkata...

Bangga jadi ckgu...

Nurzakiah Hanum berkata...

selamat hari guru

Riedaffya ibrahim berkata...

banyak jasa cikgu kan..

izan mama mia berkata...

tq cikgu untuk semuanya..wah cikgu kena pandai serba serbilah gitu kan

Salma Tayo berkata...

terima kasih cikgu..
banyak jasa2 cikgu.

❤Kamsiah❤ berkata...

sedih..bila murid2 skrg ada yg 'menderhaka' pada guru..calar2 kereta cikgu..perkara biasa bila tak puas hati..itu belum campurtangan mak bapak...

Deqla Manjew berkata...

nice entry la kak.. betul tu.. cikgu ni mmg serba boleh.. asalnya org2 yg berjaya pun sbb cikgu la...tanpa didikan dari cikgu kita xkan berjaya!

CeqGu berkata...

fuhhh tetiba rasa kecut perut nak balik mengajar....besarnya tanggungjawab cikgu huhuhu

fairus mohamad noor berkata...

selamat hari guru..
terima kasih cikgu

AyueJean AJ berkata...

Selamat hari guru buat guru2.. =D

Nafira usof berkata...

terima kasih cikgu~ :)

NzA berkata...

Jasa guru tetap terpahat dihati.....

ANIM berkata...

Cikgu juga jadi banker tau, nea..
Pengalaman jadi guru kelas, bila ditekan2 suruh kutip yuran dari bebudak, ada cikgu "dulukan" duit sebab jenuh nak tunggu depa bayar, pejabat pulak mendesak, bagi surat itu, surat inilah..
Kalau sampai ke akhirnya, mak bapak tak terbayar..kira sedekah ajalah.

Tihara berkata...

selamat hari guru, banyak betul pengorbanan mereka

Kesuma Angsana berkata...

jasa mu guru ttp dikenangkan !