Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Isnin, 14 Januari 2013

MURTABAK MENGKASAR PEKAN

Terletak di Kampung Mengkasar Pekan, berhampiran Bandar Pekan



Panglima Budin mencari Mek Jarah
Singgah sebentar di Sepekan Jaya,
Walaupun penat pergi menziarah,
     Untukmu kawan pasti ada ole-olenya.....

Hamboiii...bepantun lah pulak, kalau tak kena tu mintak maaf lah yer. Nea lopah cuma nk berkongsi antara tempat makan menarik dan tersohor di Pekan Pahang. Murtabak Mengkasar  adalah bisnes keluarga turun temurun. Dah bergenerasi lah orang pekan menikmati air tangan keluarga ini.  Kalau biasanya bulan puasa femes orang mencari Murtabak, tapi kat sini hari2 biasa pun penuh semacam jer. Kedai ni pulak cuma menjual murtabak sahaja. Harga Murtabak kat sini pula, RM6 untuk yang biasa dan RM8 untuk yang special. 




PM tunjuk bakat membuat murtabak.... hahahaha...Jangan tak percaya ;)



Kedudukan kedai ni jugak berhampiran dengan Istana Sultan Abu Bakar. Sultan Pahang pun pernah datang ke sini.


Kenal ke dengan pembuat Murtabak ni?? Nea Lopah pun tak kenal.



Abaikan sudu tu yer... menggangu permandangan. jer...hehehe.  Kalau ada sesiapa teringin nak makan, tak semestinya wajib ke Pekan, di Kuantan pun ada 2 cawangan Murtabak Mengkasar, berhampiran UiTM Bukit Sekilau dan China Town ( sebelah East Coast Mall ).

Kalau nk tau apa special nya murtabak ni, kenalah rasa sendiri..... Tapi kalau Nea Lopah balik ke Pekan, Murtabak Mengkasar wajib singgah!  ;) 


19 ulasan:

mummy alisha berkata...

POS CKIT... HAHA... TERLIUR NI..

intanfirdaus247 berkata...

Amboehhhh sedapnya…terliur kak intan tgk…ingat kat indon sana..upanya di pekan pahang saja

Mayang ABDUL RAZAK berkata...

nea lopah.. suka le nama tu... murtabak mmg feveret... lagi2 makan pepanas ...

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

wow... terasa nak pergi lah..

Mimie berkata...

alaaa...lapar pulak memalam bute tgk murtabak nih hah

Cheq Kaq berkata...

Sedap nye....huh..saje je tau Cik neolopah ni tau!!jauh laa pahang ngn Selangor..leh wat penghantaran x?hihi..

Salam kenal gak dari cheqkaq...

Cinta Misteri berkata...

Kat Johor pown ada murtabak power. klau dtg jb, msti rasa yg kt kg.melayu yeaaa

azieazah berkata...

Pernah masuk tv pasal Murtabak Mengkasar ni. Kisah Sultan Pahang turun keta depan kedai ni, nak order Murtabak. Femes nya kedai ni!

Fieda Rafli berkata...

terliur dh tgk murtabak pagi2.

Kesuma Angsana berkata...

nampak sedap sngat.. saiznyer agak besar sikit ye

are_lin@yu berkata...

wahh menariknya..bsar plk tu

aTieYusof Family berkata...

wahhh sedapp nya mertabak tu.. lapar tengok.. jauh lah plak nak ke Pahang.. hihi..kamek kt Sabah:)

Fiza Rahman berkata...

Sedapnya. Klo balik pekan nnt belilah lebih sket. Kirim kat org sini ☺☺

najwa khatib berkata...

my fav.. yummy2.. klau dpt ni, xckup mkn kt situ, tapau bwk blik 3 kping..hehehehehe

nea lopah berkata...

Hamboi kak duwa..kuat nye makan...bwak balik tukang bt murtabak sekali lah. hehe

Mrs Lurve berkata...

sy nk jgk murtabak nie..mcm ne nie huhuhuhu help2..

nea lopah berkata...

ngidam ke Mrs Lurve? hehe

umialya berkata...

pnah singgah kat Pekan, layanannya agak 'ko', rasa dah serik nak ke sana..

QasehnyaRania berkata...

ala..jauhnya.
dulu kalau duduk jb dekat sikit nak ke pekan :D

ada lagi tak.pos sikit, boleh?