Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 14 Mac 2013

Lagi Kanak-kanak hilang




Seorang kanak-kanak telah didapati hilang pada jam 1ptg tadi. Kawasan hilang adalah area Masjid Negeri Pulau Pinang.

Details kanak-kanak ini :

Nama kanak-kanak : Nur Damia Batrisyia
Umur : 5 Tahun
Tinggi : 105 cm
Ciri – ciri :Memakai baju sama seperti di gambar
Kawasan Hilang : Area masjid negeri,Pulau Pinang.

Sila hubungi Ibu kanak-kanak : Arina bt Khamis , no hp 0174304353

Mohon share seramai yang boleh.Hari ini kita membantu beliau dan sama-sama kita berdoa agar anaknya ditemukan dengan keadaan selamat dan segera!Terima kasih atas keprihatinan anda semua.


HARAP BOLEH TOLONG SEBARKAN BERITA INI.


NOTA : Ini sahaja berita yg d perolehi setakat ini.Umur anak ni sebaya dgn anak saya. Ya Allah tak dapat nk gambarkan perasaan si ibu ketika ini, Semoga anak ini selamat. Jangan lah terjadi perkara yang tidak baik seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

17 ulasan:

Aina Areen berkata...

ya allah , kesian dye :( sabar banyak laa mak ayah dia .

Nurul Aini berkata...

Allah..sedihnya..semoga cepat2 lah di temui dalam keadaan selamat.

Crew Fathi berkata...

Minta2 la tiada apa2 yg berlaku.. Sekarang banyak kes cm nie ha.. Hmm

❤Kamsiah❤ berkata...

isshhh..mcm mana boleh hilang..dah byk kes kanak2 hilang,mak bapak masih tak amik iktibar lagi..?

Nurzakiah Hanum berkata...

semakin ramai

Yan Ty berkata...

Alhamdulillah dah jumpa.

Kesuma Angsana berkata...

dah jumpa ke... kalau benar alhamdulillah

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

moga slamat anak ni..ada tgk juga kt fb

nea lopah berkata...

alhamdulillah...dh jumpa

QasehnyaRania berkata...

ya Allah..sedey la citer mcm ni.semoga adik ni selammat la kan

AyueJean AJ berkata...

Alhamdulillah dah jumpa... =D

ezasunflower berkata...

Damia dah dijumpai 6 jam selepas kehilangan.. Nasib baik orang yang jumpa tu baik dan hantar ke Balai Polis Kg. Baru, Ayer Itan, Pulau Pinang..

Elfirah LOng berkata...

hilang lagi... emmmm semoga jumpa dengan selamat

Chic Na berkata...

hmm macam musim lak. lepas sorang sorang hilang. harap dapat jumpa.

Mrs Velentine berkata...

semoga kanak2 ni selamt dan dijumpai segera

intanfirdaus247 berkata...

semoga dijumpai cepat dan dalam keadaan yang selamat

mama aryan berkata...

moga anak ini akan ditemui dgn selamat