Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Ahad, 31 Mac 2013

Andai tiada jodoh.....




Salam hari ahad..best nya duduk rumah sambil bersantai2 kan? hehehe. Tapi esok dh mula bersekolah. Time ni lah tahap kemalasan mencapai tahap super duper maksimum. Sedikit perkongsian bersama kawan2. Nealopah jumpa di FB :

Hati mana yang tidak sedih apabila sesebuah hubungan yang di bina atas dasar cinta berkecai di tengah jalan. Apatah lagi jika ianya di sebabkan oleh kehadiran orang ketiga. Sesiapa pun akan cuba mempertahankan hubungan tersebut cuma ada sesetengahnya tidak dapat diselamatkan lagi. 

Sememangnya sukar menerima hakikat, bahawa pasangan kita telah pergi atau beralih arah kepada cinta yang lain akan tetapi kita tetap perlu memikirkan sesuatu yang positif dan berbalik kepada fitrah hidup. Berikut adalah beberapa tips untuk kita menangani situasi tersebut :

  1. Sabar tatkala diceraikan atau kematian pasangan atau diputuskan pertunangan
  2. Doakan agar mereka yang menganiaya anda mendapat hidayah.
  3. Jangan berdendam
  4. Mohon Allah jadikan kesedihan sebagai kaffarah dosa-dosa yang lalu serta beristighfar.
  5. Elakkan mengadu sesama manusia kecuali untuk mendapat pandangan agama dalam masalah yang dihadapi
  6. Serahkan urusan mereka yang menganiaya (kecuali kes kematian pasangan) kepada Allah. Jangan sekali2 cuaba membalas perbuatan mereka. Memadailah Allah sahaja sebagai hakim yang maha adil.
  7. Bersangka baik dengan Allah bahawa Allah takdirkan yang terbaik untuk anda dengan menjauhkan sesuatu yang lebih menyusahkan diri anda dimasa-masa akan datang. Dalam masa yang sama, sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk anda. Dalam masa yang sama,sebenarnya Allah mahu beri sesuatu yang lebih baik untuk anda. Dalam tempoh diuji, Allah mahu menilai tahap sabar, pasrah anda padaNYa dan akhlak anda sesama manusia. Apabila anda dapat melepasi prasyarat  tersebut,Allah akan gantikan pasangan yang lebih baik dari yang telah hilang.
 pic gugel

Info :
Dalam akhbar Berita Harian 27/3/2013, menyatakan orang ketiga yang menjadi punca penceraian disifatkan sebagai PENJENAYAH mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah ( Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) di bawah undang-undang Syariah Wilayah Persekutuan yang boleh membawa kepada hukuman denda RM1000 dan penjara .

sumber : BERITA HARIAN ONLINE


UCAPAN  :)

Nak Ucapkan Selamat Hari Lahir pada Blogger zura dari blog NAFIRAA dan Blogger Izan mama mia dari blog Miaduniaku  Semoga kalian di panjangkan umur, di beri kesihatan yang baik dan sentiasa dalam keberkatan.



17 ulasan:

Sayidah Napisah berkata...

insyaALLAH :)

Unknown berkata...

Nauzubillah..
mintak dijauhkan dari kita semua..
sukar untuk kita menerima kegagalan dlm perhubungan.

terima kasih nealopah atas ucapan itu.. terharu sesangat.. love u kawan..:-)

Akupenghibur.com berkata...

kegagalan itu takdir ALLAH..ALLAH tahu yang terbaik untuk kita

Unknown berkata...

ingatlah..setiap yang terjadi ada hikmah disebaliknya. ajal maut, jodoh pertemuan adalah rahsia Allah..besar ganjaran dariNya buat mereka2 yang sabar =)

perkongsian yang baik..thanks

Nur Nainis berkata...

Bagus tips itu kak. Jodoh rahsia Allah. Mungkin dia bukan jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. Mungkin ada yang lebih baik menanti. Tak di dunia, Allah gantikan di akhirat. ^____^

NoEn berkata...

nauzubillah tapi kalau berlaku juga kene redha dan berserah

Unknown berkata...

telah tertulis jodoh seseorang itu kan...kite merancang tuhan menentukan..

yan's cottage berkata...

sama2 kita mengharmonis keluarga kita agar bahagia berkekalan selamanya.....

RIZZNA berkata...

haaa btul tu. denda org ke-3. tp ramai yg tk tahu akn hal ini.

CiM pernah berhadapan dgn org yg gagal dlm rumahtangga. mmg sakit bila tengok dia menderita. tp, alhamdulillah kini dia dh bangkit dgn pasangan barunya, Allah beri dia yg lebih baik dari dulu.....berkat doa ibu.

Aisy Nasiha berkata...

tulah, kalau dah tak ada jodoh, pelbagai alasan boleh dicipta...

Kena kuatkan semangat menghadapi saat ni.. Boleh praktikkan petua ni.

Unknown berkata...

redha itu yang terbaik kak kan kan.. berlapang dada.. walaupun sentap.. hehehe. eh kak, akak nk gambar yg mane ?? yg esok sekolah tu eh ?

Unknown berkata...

mmg kena sll bersangka baik terhadap Allah,..In Shaa Allah,..






terima kasih atas ucapan itu. :D

Chic Na berkata...

semoga dijauhkan. patut jugak buat akta utk org ketiga tu kan..

Tanpa Nama berkata...

belajar redha !

Unknown berkata...

ya Allah mintak simpang la jadi kat rumah tangga kita....

Maria Menado~ berkata...

wah.... penjenayah. bagus2. patut ada hukuman..

selamat hari lahir tuk mereka juga. =)

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

mintak la dijauhkan dari kita semua