pelik tapi benar....terkejut nealopah!
Afrika Selatan – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun mengambil keputusan untuk mengahwini seorang nenek berusia 61 tahun selepas diarahkan berbuat demikian dalam mimpi oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia.
Sanele Masilela, disatukan dengan Helen Shabangu dalam satu majlis, biarpun mendapat tentangan banyak pihak.
Budak tersebut yang berasal dari Tshwane akur dengan arahan dalam mimpinya itu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
Perkahwinan dengan Helen, seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai lima anak tersebut diatur dalam masa dua bulan.
Sanele yang berpakaian sut warna kelabu itu turut menyarungkan cincin pada pasangannya.
Mereka bagaimanapun tidak mendaftar perkahwinan itu dan sebaik majlis berkenaan berahir, kedua-duanya kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.
“Saya memberitahu ibu saya bahawa saya ingin berkahwin. Saya gembira kerana dapat berkahwin dengan Helan, namun saya akan tetap ke sekolah dan belajar dengan lebih gigih.
“Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita yang seusia dengan saya,’’ kata Sanele.
Dalam pada itu, Helen pula memberitahu perkahwinan itu hanya satu adat sahaja.
Malah katanya, suaminya, Alfred dan anak-anaknya gembira dengan perkara berkenaan.
“Kami tidak ada masalah dengan perkara ini, tetapi masyarakat pula yang terkejut,’’ katanya.
Sementara ibu Sanele, Patience Masilela pula berkata, ia adalah kali pertama keluarganya menganjurkan perkahwinan seperti itu.
“Sanele dinamakan sempena nama datuknya. Datuknya mencintai Helen dan dengan berbuat demikian kami memberikan kebahgiaan kepada nenek moyang kami yang telah meninggal dunia,’’ katanya.
sumber : fb mynewshub
25 ulasan:
Nina pun terkejut tadi. Tgk kt fb. Owhhhhhhhhhhh
biar betul ni...
pelik-pelik je kan zaman sekarang :-)
mcm nenek dgn cicit..:)
Dalam kalangan dia orang pun terkejut apa lagi kita.
pelik2 je laaa =.=
assalam,
ishk! macam2 bende pelik2 terjadi zaman sekarang ni...kadang2 macam tak masuk akal...
wallahu'alam..
terkezut mak noks!! hahaha..
erkk....sib baik cuma adat jek tau...
erkkk..tanjat gegurl...hurmmmm, makin pelik2 la cite skang nie..;)
kelako plak... jodoh dier la tu...
pelik betul
wehn mcm2lah ... hehehe
hehe...dorang takde pegangan agama...leh jer nk kawen mcm ni. Kawen tipu2 namanya.
biar betul ;)
kak, ada masa jom join ga ni, nak:)
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html
Ooooooo...tidak..tidak
oh tidakkk... pelik3
erk...macam mana la ni....
terkezut mak
lucunya
mak aiii pengsaan jap.
Apa dia? Haaaaaaa...biar betul..pelik2 betul..Apa pun tak boleh.
apa dah jadi...
Boleh pula macam tu eh..kalau m'sia buat camtu tak tahu la apa akan jadi..
adoyaiiii tekejut ai tau
Catat Ulasan