Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 22 Mac 2013

Kenduri di Rumah Vs Kenduri di Dewan


Salam hari jumaat.... Saya sangat2 ceria hari ni, bersyukur kerana masih bernyawa dan sihat alhamdulillah. Mampu datang ke opis seperti biasa untuk mencari rezeki. Semoga kawan-kawan semua pun ceria dan bersyukur dgn segala nikmat dari Allah Ta'ala.

Rutin harian hari ni bertukar sedikit sebab tak hantar Cik Bieha ke Tadika kerana demam dan ada simptom chicken pop. Kalau hantar nnti bimbang pulak akan berjangkit pada anak2 lain. Cuma hari ni hantar Cik Bieha ke rumah kakak ipar untuk d rawat. Kakak ipar kata nk bagi minum air kelapa bagi chicken pop semua keluar.

Hamboiii..panjangnya intro...ada ke yang nk membaca? Tak kira lah bukan selalu pun nealopah membebel. OTW nk hantar Cik Bieha tadi, lalu lah d beberapa kawasan perumahan. Adalah kelihatan beberapa buah rumah yang standby kanopi untuk kenduri kawin keesokan hari nya...agaknya lah. Dari gambaran yang nealopah tengok. Cik Bieh pun tetibe mengomen," Kenapalah buat kenduri kat rumah, buatlah kat dewan, kan ibu....". Erkkkkk???? Takasima kejapp dengan komen itu. 

Bila fikir2 semula, ni lah akibatnya kalau selalu sangat pergi kenduri di dewan. Dah macam trend sekarang buat kenduri kawin di dewan. Sampai kan mind set budak2 sebaya Cik Bieha pun dh bertukar asal kenduri kawin mesti di dewan bukan di rumah seperti zaman kita kecil2 dulu. Kalau kawin d dewan ni jarang2 berlaku.

Pada nealopah tak kiralah di dewan atau di rumah, matlamatnya tetap sama, hendak meng War-war kan sesuatu perkahwinan dan menjamu rakan2 sahabat handai, sedara mara makan dan berkenalan dengan family yang baru. Cuma kenduri kawin di rumah ni tetap ada sentimental value, terutama kalau juadah kenduri tu di masak oleh orang2 kampung berbanding katering. Memanglah sangat2 meriah.... teringat pulak zaman nealopah bernikah. hahahahaha..


1st time makan Nasi ambeng di Tg Karang...rasa mcm kenduri jugak.


P/S : Masih bnyk rumah kawan2 yang tak sempat nk BW, bz dengan tugas harian di tambah pulak Cik Bieha yang mula demam. Insyaallah cuti 2 hari ni nealopah akan BW rumah kawan2. Rindu nk baca cerita kawan2.




  

13 ulasan:

AtieYusof berkata...

mOga cik Bieha cepat sembuh ya..
jgn lupa makan ubat..
pernah makan nasi ambeng, bos masak kan (bos org jawa-Muar)..sedap! suka makan...:)

Tanpa Nama berkata...

alahai cian nye cik bieha yew...

emm VOTE tuk kenduri kt UMAH ..

Nory Zoulkefle berkata...

tapi bagi nory, kenduri di rumah lebih meriah berbanding di dewan...lebih2 lagi kalau bergotong royong...meriahhnyer lahaiii...hehe

Fiza Rahman berkata...

Get well soon ti cik bieha.

Skang ni memang trend kawin kat dewan. Jarang buat kat rumah. Antara alasan....rumah tak bersepah ☺☺

Puan Awin berkata...

sedap tak kak nasi ambeng yg akak makan tu?

Anum berkata...

kenduri umah

Unknown berkata...

biasa umah perumahan mesti buat kt dewan..selesa paking2 kereta ni..kalo kampong best..luas tanah kan..hehe

besnyer ns.ambang tu..hehe

NzA berkata...

biasanya rumah taman lebih selesai buat kenduri kt dewan sbb kwsannya lbh lapang n selesa ttp kt rumah lagi meriah.......

whitecappuccino berkata...

kat umah lg seronok dan meriah...rasanyalah.

Chic Na berkata...

kenduri kat rumah la best. lebih terasa kemeriahannya. ;)

Kamsiah yusoff berkata...

kalau bajet lbh,apa salahnya buat kat dewan/hotel...utk kelesaan tetamu...
kalua kat taman perumahan,buat khemah depan rumah jiran2...terpaksa block jalan...

ANIM berkata...

sekarang ni kenduri kahwin pun dah sperti "open house"..macam2 ada. bukan setakat nasi minyak aja nea. air pun 7,8 jenis, belum masuk cendol dan ABC. zaman la..itu trend nya. camnapun pada kak...sebaik2nya ukur baju di badan sendiri. jangan ikut orang..

Nur Nainis berkata...

hehe..pandai adik bieha..hehe.. Dekat tempat saya jarang buat dekat dewan..Memang dekat rumah je, memang berkenduri kendara lah..Rasa meriah sikit kalau buat dekat rumah..baru ada feel nak kahwin..ehh..tertiba..hehe.