Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 21 Februari 2013

Bekas Tunang Fizz Fairuz Nafikan Dia Isteri Orang.



Nealopah baca dalam oh bulan pasal berita ni, saja nk share dgn kawan2.. hai..mcm2 dunia artis ni. tak tau lah apa sebenarnya masalah diorang ni. Akhirnya semua tuduh menuduh, salah menyalah antara satu sama lain. Apapun, semoga semua nya dapat di selesaikan dengan cara yang baik tanpa melukakan hati sesiapa.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.
Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”
Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Sumber : Berita Harian




34 ulasan:

NinaAz berkata...

Mcm2 laaa dunia zaman sekarang nihhh. Ish3

pinky berkata...

tak tau nk mn satu betul...ada baca jgk kat oh bulan...

Aisy Nasiha berkata...

Mana satu yg betu ni agaknya?

Nurul Aini berkata...

Pulok doh..tadi baca dekat surat khabar..suami dia ni kata, dia ni hilang ingatan..surat khabar metro. Aduhai macam2 hal lah.

::NureeN:: berkata...

mmm... ntah la..
sapa yg slh kita x tau, hanya DIA yg tahu kan...

ayut berkata...

aduhaiii...td pg nmpk lg berita isu timbul ex-husband bekas tunang ni ilang ingatan plak...mcm2x kan.moga segalanya dpt diselesaikan dgn cara yg bek :)

Falsya berkata...

kan kak...makin pelik cite dieorg nie..semuanye mcm xmsk akal...

Nurzakiah Hanum berkata...

macam2 dugaan allah nie

Harith Iskandar berkata...

isk masin pulak mulut sy ni sbb sy dh ckp mmg xlama nyer dorang tuh.tgk gmbar tunang pakai cap mafia pun dh tau mmg xsemenggah mamat giler ni..mm

Fiza Rahman berkata...

Macam2 lah. Mana satu yg betul nih?

fazilzura berkata...

dh ado nukilah baru kt ABg nara ... huby dia kasi kenyataan dah .. uuhu

makin pening kes diorg ni

Ira berkata...

erm.. siapa la yg bercakap benar agaknya ni?
klu nikah kat sempadan, camne nk track rekod nikah. huhu..

azievee berkata...

macam2 cerita x tahu yg mana betoi...

Farah Waheda Wahid berkata...

dalam kes ni..sebenarnya hanya mereka berdua je yang tahu kebenarannya... dan dalam kes ni jugak...mesti ada pihak nak tegakkan benang yang basah kan?

well... kalau Fizz at fault, honestly saya rasa dia x gentleman..kalau Azlyn tu yang at fault...biarlah dia tanggung dosa yang dia dah buat...

dan dalam setiap permasalahan... cerita kedua2 belah pihak itu perlu... x boleh sebelah pihak jer... ^_^

Peace No War!

NzA berkata...

aduyai, mana satu yg betul nie...Hnya Allah je yg maha mengetahui....

nik ros berkata...

dah agak dah mesti benda ni jd kisah tuduh menuduh.sebab smlm tak dgr lagi citer sblh sana.

dan dah agak sblh sana mesti nafikan.huhu
harap2 dapat selesaikan dgn baik. tak bagus gak mcm ni.kesan pada semua pihak. diri sendiri dan family jugak yg malu

:: Cik Viva :: berkata...

pulak dah...macam2 cite pasal dorang ni..tak tau mane yang betul..

Riedaffya ibrahim berkata...

hai..cam2 kes retis skrg ni kan..

Kesuma Angsana berkata...

mcm2 lah retis ni

((: AYu :)) berkata...

propaaaa... katenyer........

❤Kamsiah❤ berkata...

suami dia tak berani nak tonjolkan diri..takut bini tua tau hehe...

tunggu dan lihat apa ending cerita mereka ni

izan mama mia berkata...

macam tengok filem lak..kita tunggu dan lihat sajalah

Nafira usof berkata...

kan! saya pon pening baca kesah dorang nih~ berbelit2! cam saiko pon ade dorang nih kan~ hehehehe

Chic Na berkata...

actually dah pening ngan citer diorg ni. berbelit2. huhu..

zulaikha megat berkata...

dulu minat fizz fairuz..skrg kurenggg skit..ndak ndak pulak dgr cerita sebegini...

CeqGu berkata...

kalau benar apa yg dikata....fizz sangat patut mohon maaf secara terbuka.

QasehnyaRania berkata...

tu la pelik je.
sorang ngaku suami
sorang ngaku tak kawin lagi
sorang ngaku kena tipu

sapa yg betul ni..aduhai

Irfa berkata...

nak header lawa mcm ni
sapa buleh tolong?huhu

Cho Zila berkata...

lantak korangler yerk.. tak paham..tak paham... akakpun baru terbaca..

Ratu Hatiku berkata...

alahai mcm2 kan artis nie..

aTieYusof Family berkata...

Macam2 versi dah dengar ttg depa ni.. dah tak tau sapa betul/salah.. apa pun doakan yg terbaik buat mrk..:)

intanfirdaus247 berkata...

citer ni dah jadi berputar2 dah kan

najwa khatib berkata...

Da mcm cter hndustan, pnuh propaganda

Elfirah LOng berkata...

Ini semua POYO...publisiti....tunggulah ELfirah Long punya publisiti pulak hahahahah kan Kak Neolopah