Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Rabu, 6 Februari 2013

Manfaat Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Buah Kurma
puan sri gugel



Nealopah nak kongsi  bersama kawan2 tentang manfaat makanan kegemaran Rasulullah. Ramai yang dah tau sebenarnya, cuma kadang2 kita terlupa...termasuk nealopah juga, semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kita bersama. Insyaallah


  • Barli -   Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  • Kurma -  Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  • Buah Tin - Buah dari syurga, boleh mengubati buasir.
  • Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  • Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas,membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
  • Tembikai (Segala jenis ) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
  • Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  • Cendawan - Baik untuk mata,perancang keluarga.
  • Minyak zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  • Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari
  • Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

" Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka,'suapkanlah' ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat."


~ wallahualam~


(sumber dari 'Muka Buku')

18 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak! rindu nak jenguk sini. terima kasih sudi berkongsi ilmu dengan semua. sheila pun tak baik demam lagi ni. nak try minum susu malam nanti :)

nea lopah berkata...

waalaikumsalam.... tu leh ingat tak sudi nk kawan dgn akak dah. ubat makan jugak taw!

Nurzakiah Hanum berkata...

sangat bagus

Kila Lala berkata...

nice sharing akak... :)

Farah Waheda Wahid berkata...

nice sharing kak... ^_^

azievee berkata...

Anak beranak mmg suka makan kurma...nice sharing...selamat berkenalan...wink..wink..

Kuazue Mohd berkata...

as salam... nak tambah sikit..susu tu adlh susu kambing yer...tapi klu tiada susu lembu pun boleh....n klu nak jadikan delima tu ubat n mknan berkhasiat..sebiji delima itu harus sorang jer mkn semua butir ulas kecik2 nyer ..krn dlm byk2 tu hanya dikatakan ada satu ulas nyer shj yg memberikan khasiat/manfaat..wallahu'alam...

Mar Haini Abdul Rahim berkata...

saya suke semua.. hehehe :D

boni kacak berkata...

terima kasih tau awak sebab berkongsi..heehe :)

Chic Na berkata...

semua tu kita suka kecuali cendawan ngn minyak zaitun. good info.

Kasih Salina berkata...

betol tu nea, manfaatkan apa yg ada tu..

rohayu osman berkata...

nice info..

Warna Warni Kehidupan berkata...

kurma ni memang bagus sangat.. tapi tah kenapa sy sangat tidak gemarkan kurma.. masa bulan puasa je makan.. camana agaknya nak bagi suka eh...

ummiross berkata...

banyaknya khasiat makanan sunnah kan Nea,cuma kita kadang2 kurang bersungguh mengamalkannya.

Fieda Rafli berkata...

bagus info ni..

QasehnyaRania berkata...

a'aaa..betul kan.barli hari tu saya buat air..
alhamdulillah cpat j baik dr dmm

najwa khatib berkata...

Bagusnye info ni, thanks c.su for sharing

Nurul Aini berkata...

SubhanaAllah..hebatkan..saya suka semua yang dekat atas tu..sedap..lagi2 tembikai..anggur pun..semua lah..hehe.