Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Selasa, 12 Februari 2013

Selamat Hari Lahir Ustaz Azhar Idrus


Selamat Hari Lahir Ustaz Azhar Idrus
Semoga sihat selalu, dijauhkan segala fitnah dan meneruskan perjuangan berdakwah terutama kepada anak-anak muda. Amin...



Serba sedikit yang Nealopah gugel tentang Ustaz Azhar, beliau lahir pada 12 Februari 1964. Tempat lahir  Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Hj Mohd Shariff, Alor Setar Kedah. Sekolah Menengah Darul Aman,Alor Setar Kedah dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.

Mempunyai 2 orang isteri iaitu Puan Rogayah Sulong (42 tahun) dan Wan Halimatun Nisa (26 tahun). Cahaya mata beliau seramai 7 orang, Nur Madihah Asyiqin (20 tahun), Nur Farhah (19 tahun), Mohd Faqihuddin (18 tahun), Mohd Zuhaili (16 tahun), Ikhwan Najmi (14 tahun),Khairul Mukmin(7 tahun) dan Rasydan (6 tahun)

Hobi ustaz adalah fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

sumber : sini


 Gambar semua dar FB Kami Peminat Ustaz Azhar





   

30 ulasan:

:: CIKVIVA :: berkata...

lawa kek...

Aisy Nasiha berkata...

birthday UAI ni sama dengan birthday dua orang kawan saya lah..... happy birthday semuanya

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Selamat hari lahir buat UAI..moga panjang umur & sentiasa d murahkan rezeki...

Falsya berkata...

Mak aiiii..30bijik camera..

SElamat Hari Jadi UAI..semoga panjang umur murah rezeki.

CeqGu berkata...

Oo besday uai ker...semoga ustaz terus berdakwahvdgn gaya yg tersendiri

Unknown berkata...

kek rockers!

Unknown berkata...

Selamat hari jadi ustaz..teruskan perjuangan..

Neolopah..kalo nk start herbalife & belom ade coach lagi..email cheqkaq ye..saya sedia jadi coach anda!HEHEHE..

miss yatie berkata...

alaoooo//comelnya kek

NzA berkata...

moga UAI terus diberi kekuatan n kesihatan yg baik utk berdakwah......

najwa khatib berkata...

Sanah helwah ustaz azhar idrus :-)

Akupenghibur.com berkata...

cantiknye kek .. selamat hari lahir ustaz

Anis Hayati berkata...

thanks krn share
x sangka ustaz punya birthday lewat 2 ari dr saya :)) hehehe *bangga lah plak*

zulaikha megat berkata...

hensem UAI ni muda muda dulu..

selamat hari lahir ustaz

Azian Elias berkata...

semoga ALLAH kurniakan ke atas beliau umur yg panjang dan dapat meneruskan jihad..

EH - Ekslamasi Holistik berkata...

Semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa diberkati Illahi..
Selamat Ulang Tahun UAI!

Nur Nainis berkata...

Wahh..selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. ^___^

ejulz berkata...

Bday UAI duhal.. bok tauk kmk.. :)

smoga ustaz dipermudahkan dalam dakwah beliau..

nabila biela berkata...

kalau akak nk tahu..besday ustaz same ngan ayah sy,,,hehe

Chipsmore berkata...

Sy nampak kat Fb, bfday UAI sama ngn imam muda asyraf.. hmm.. kot la.. hehe.. zaman muda UAI ni byk kat kedah ehh..

Kamsiah yusoff berkata...

baru tau dia ada 2 isteri hehe..

Chic Na berkata...

ohh birthday UAI ke.. bestnya dapat kek gambar moto. :D

((: AYu :)) berkata...

minat yer kat UAI niehhhh..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

sanah helwah utk UAI

Tanpa Nama berkata...

suka ceramah2 dier

Elfirah LOng berkata...

Semoga ustaz dimurahkan lagi rezeki dengan kesihatan yang baik untuk terus berdakwah

Elfirah LOng berkata...

Semoga ustaz dimurahkan lagi rezeki dengan kesihatan yang baik untuk terus berdakwah

Unknown berkata...

Alhamdulillah...ramai yang sayang kan ustaz.

Unknown berkata...

Kek yang di potong oleh ustaz di sponsor oleh sebuah kedai kek muslim d kuala lumpur. smart betul kek nya. hehehe

intanfirdaus247 berkata...

ropanya uai ni duk ngaji di kedah lama .....kira pandai kecek kedah la ye ustaz..hehehe..happy birthday ustaz

Unknown berkata...

Dok rok cetong kak intan..kikiki